“Penganjur acara tidak boleh suka-suka menggunakan nama ‘Penang’ tanpa kelulusan daripada kerajaan Pulau Pinang.
“Sekiranya anda menganjurkan acara baru, kemudian anda perlu mendapatkan kelulusan kami.
Jika perkataan itu digunakan sebelum ini, ia berbeza kerana anda akan meneruskan tradisi itu. Tetapi jika ia acara baru, anda memerlukan kelulusan,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Lim berkata demikian apabila segelintir pihak membidas penganjur yang mengadakan acara Penang Run 2013 pada Hari Thaipusam.
Beliau turut menyangkal penglibatan kerajaan negeri dalam program itu.“Kita tidak pernah memberi kebenaran untuk menggunakan nama ‘Penang’ tetapi acara itu disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
“Jika anda mahu menggunakan perkataan ‘Penang’, anda perlu memohon kerana kita ingin mengetahui parti mana yang terlibat tetapi kita pastinya mahu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan (sekiranya mereka terlibat),” katanya.Menurut Lim, beliau tidak mahu nama ‘Penang’ disalah gunakan.“Kita tidak mempolitikkan perkara ini tetapi jika apa-apa berlaku, orang akan berfikir acara itu berkaitan dengan kerajaan negeri dan itu tidak betul,” katanya.
Lim berkata, acara larian itu tidak sepatutnya diadakan pada Hari Thaipusam.
Sementara itu, sebagai reaksi balas terhadap kenyataan Lim, penguam kanak Ranjit Singh Dhillon berkata apa jua acara atau sambutan di adakan di negeri itu berhak menggunakan nama ‘Penang’.
“Tiada alasan undang-undang bagi Lim untuk menghalang penggunaan perkataan itu atau tiada keperluan bagi penganjur mendapatkan kelulusan sekiranya acara diadakan di sini,” katanya.
Ranjit berkata, Lim yang dilahirkan di Johor, tinggal di Melaka dan kemudiannya berhijrah ke Pulau Pinang tiada hak untuk menyekat penggunaan perkataan tersebut.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohd Idris berkata, kerajaan negeri tiada hak untuk menghalang penduduk di negeri ini untuk menggunakan nama ‘Penang’ dalam acara mereka melainkan sekiranya penganjur menggunakan logo kerajaan negeri.
“Jika acara berkaitan dengan kerajaan negeri dan logo digunakan, maka mereka perlu mendapat kelulusan,” katanya.Ketua Publisiti Barisan Nasional Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, sukar bagi Lim untuk menguatkuasakan keputusan yang tidak masuk akal memandangkan negeri itu bukan miliknya.
“Ia milik rakyat dan Lim tiada hak untuk menguasai negeri dengan memaksa penganjur mendapatkan kelulusan sebelum dibenarkan menggunakan perkataan ‘Penang’ dalam acara mereka,” katanya.
http://www.klxpress.com.my/?p=7036
Published with Blogger-droid v2.0.10
3 comments:
Salam 1 Malaysia.Dah naik tocang nampaknya dia ni.Semoga orang melayu Penang sedaq.
DIA BKN ORG MELAKA..DIA TAK PRASAN KE DIA ASAL DR NEGARA CINA? KEHKEHKEH
Adesssss,iguanoeng...kalimah Allah ko sebok nakkan kristian guna tapi nama Penang ko nak bolot dlm seluar ko....cis...dasar pemakan BABI yg penoh dgn cacing rambu...sbb tuh SIAL...
Post a Comment