Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 4 February 2013

Alasan Mengapa PAS Kata Anwar Terbaik Sebagai PM

Rasa cinta kepada bangsa dan tanah air tidak bercanggah dengan Islam. Ini adalah naluri yang diberikan ALLAH kepada manusia, termasuk Nabi Muhammad. Rasulullah juga cinta kepada bani dan tanah kelahirannya, Mekah. Baginda pasti tidak mahu meninggalkan Mekah tetapi terpaksa berhijrah kerana ancaman Quraisy.

Perasaan kebangsaan atau nasionalis tidak mengurangkan ketaatan seseorang kepada ALLAH. Ideologi kebangsaan yang diputar belit PAS sebenarnya dari hati PAS yang mempunyai agenda lain dan sifat anti PAS terhadap kerajaan yang bersifat positif dan pragmatik, bukan destruktif dan dogmatik seperti PAS dan PKR. Wujud sintesis pragmatis antara aspirasi kebangsaan dan Islam.

Semua ini ditimbulkan PAS demi menutup pelbagai unsur kepalsuan dalam Pakatan Rakyat. Contohnya dengan siapa yang sebenarnya watak Anwar Ibrahim? Jika anda amati poster dibawah ini

Jika anda mahu berfikir apa yang sedang berlaku di Gaza. Tentu wajar sangat anda bertanya mengapakah PAS enggan menilai dan memperbetulkan isu ini? Apa yang sebenarnya PAS tergila-gilakan? Jadi dimana letaknya alasan buat PAS yang meletakan Anwar sebagai calon terbaik memimpin mereka dan Malaysia.
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here