Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 4 February 2013

Haji Hadi Semakin Melatah-latah Kehilangan Punca

Bukan sesuatu yang menghairankan apabila Haji Hadi semakin melatah mencari helah menyalahkan UMNO & Barisan Nasional. Demi memberi nafas buat DAP bergerak

Kenapa Haji Hadi bangkitkan lagi masalah khalimah Allah diketika ambang PRU13? Haji Hadi berhujah dengan mempergunakan keputusan Majlis Syura tetapi cuba berdalih menyebunyikan keputusan Mesyuarat Pakatan Rakyat pada 8 Januari 2013? Yang mana kata sepakat penggunaan Khalimah Allah oleh Bible versi melayu telah diakui bersama oleh Haji Hadi, Anwar dan Karpal Singh.

Kalau Haji Hadi menafikan bukan itu yang dipersetujui. Kenapa Karpal dan Anwar mempertikai kenapa soal Haji Hadi berubah fikiran. Adakah Karpal dan Anwar juga keliru dengan ayat-ayat berbelit Haji Hadi!

Kalau itu berlaku bermakna Haji Hadi lah dalang segala kekeliruan selama ini iaitu cakap berbelit-belit sampai sekutu Pakatan Rakyat pun keliru!

Dalam masa yang sama setelah mendapat keputusan Majlis Syura kenapa Haji Hadi takut mendedak Lim Guan Eng memohon maaf dan kenapa Haji Hadi takut mengasak Karpal dan Anwar jangan campur urusan PAS dan terima keputusan Majlis Syura.

Juga persoalan kenapa Haji Hadi gagal menggerak jentera fisabilillah PAS boikot dan berdemo tindak tanduk PKR dan DAP yang boleh dianggap melampau dari apa yang dipersetujui Majlis Syura.

Jadi sekarang kenapa Haji Hadi jenis buat kerja tampa penyudah? Kerana Majlis Syura telah tetapkan pendirian dan kenapa tidak selesaikan dengan PKR dan DAP biar mutamad supaya tiada siapapun berani bangkitkan isu ini?

Haji Hadi semakin terdesak memainkan berdalih dengan isu ini sebenarnya dimana keikhlasan Haji Hadi? Atau adakah ini permainan menghalalkan perbuatan DAP? seperti gambar dibawah?

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here