Keseluruhannya 28 projek sudah diumumkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) tahun ini membabitkan pelaburan RM26.07 bilion yang akan menjana PNK bernilai RM6.96 bilion serta mewujudkan 51,130 pekerjaan menjelang 2020.
Ini baru salah satu dari pelbagai usaha lain. Tetapi amat berbeza buat Anwar mewakili Pakatan Rakyat yang sekadar pandai menabur janji tetapi tiada perangkaan kursus bagi jangka pendek dan panjang.
Jika Anwar seorang yang konsisten dengan apa yang rangkanya. Kenapa Anwar gagal membantu atau merialisasikan sesuatu berkenaan peluang menjana pekerjaan di Kelantan yang kritikal ketiadaan peluang pekerjaan baru sehingga 500'000 rakyat terpaksa merantau ke Negeri lain.. Bergitu juga dengan Selangor yang menghadapi masalah untuk membolehkan kemasukan pelaburan baru angkara pertelingkahan isu air di Selangor.
Manakala Pulau Pinang Guan Eng tidak punyai kemampuan untuk menjana kemasukan pelaburan baru dan apa yang berlaku di Pulau Pinang pelaburan masuk hasil usaha Mukhriz yang sering keluar negara untuk menarik pelabur dan Guan Eng menempek tumpang nama.
Kedah yang hanya pandai mencerah dan menceroboh hutan untuk pembalakan. Apa sudah jadi dengan PAS mengwar-war melobi pelabur dari China datang melabur di Kelantan pada 2011-2012 dan dimana hasilnya?
Dari sudut lain Pakatan Rakyat sering mensabotaj usaha kerajaan yang menggerak usaha penjanaan sektor ekonomi baru seperti Lynas yang dijangka mampu membawa jumlah besar dari pelbagai model industri kecil dan besar masuk setelah Lynas dapat membekalkan bahan keperluan asas untuk industri.
Itu isu penipuan sumber pekerjaan baru dan sudah pasti ia merangkumi faktor lain termasuk usaha Anwar mahukan tangga gaji asas pada kadar Rm1100 hingga Rm2225? Anda rasa kalau setiap berkelulusan SPM kebawah, boleh dapat tangga gaji asas RM2000 akan menjadi daya penarik yang kuat buat pelabur datang ke Malaysia, sedangkan China dan Indonisia memberi tawaran gaji lebih rendah.
Bagaimana pula dengan inflasi dan kenaikan harga barang setelah Pakatan tergila-gila buat kerja sabrono? Di Malaysia biasanya berkelulusan SPM ke bawah harus bekerja bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman (walaupun tidak menerus lanjutan pengajian) untuk menikmati tangga gaji lebih bagus hingga ada mencecah RM5000 kerana mereka rajin dan berpengalaman. Tetapi apa yang Pakatan Rakyat mahu samaratakan semua walaupun tidak berpengalaman. Inikah dinamakan petancangan terbaik PR? Bersambung edisi seterus nanti.. Adakah kita bakal jadi mangsa IMF PecahPalakMikir
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment