Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 15 March 2013

#LahadDatu Inikah Kekecewaan Anwar Tersirat Sebalik Kegagalan Arab Spring

SEBAHAGIAN BESAR rakyat Malaysia masih tidak begitu memahami insiden di Lahad Datu dalam konteks yang lebih luas. Ramai yang melihat dari sudut pencerobohan orang-orang Sulu yang bersenjata ke Lahad Datu dan Semporna dengan niat untuk menuntut negeri Sabah sebagai hak mereka.

Sebagai sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia, sejarah moden negeri Sabah adalah mudah difahami. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Suruhanjaya Cobbold telah memutuskan bahawa majoriti rakyat Sabah mahu merdeka di dalam Malaysia, bukan dengan negara lain. 

Keputusan Sejarah ini sudah cukup membuktikan bahawa waris-waris Kesultanan Sulu yang masih menerima wang saguhati dari Kerajaan Malaysia sebagai tanda muhibbah, memahami sejarah dan geo-politik di pantai timur Sabah perlu menggunakan saluran yang diplomatik yang tepat. Yakni berurusan antara kerajaan dengan kerajaan yang sah. Soalnya, adakah waris-waris kesulatanan Sulu yang ramai ini bersatu-padu?

MALAYSIA SPRING sila klik Rentetan Fakta Arab Spring Tak Menjadi
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here