Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 10 March 2013

[Video] Sebak Zulkifli Nordin Mohon Ribuan Ampun Kepada Tun Dr Mahathir

Tebaik dan sebak rasa hati melihat kerendahan hati Zulkifli Nordin menginsafi kesilapan lalu demi Agama Bangsa Negara. Dengan itu YB Zul seikhlas hati melafaz mohon maaf kepada Ayahda Tun Dr Mahathir, keatas segala kesilapan lalu dengan hamun Tun tampa menyedari jasa Tun adalah terlalu luas pengorbanannya berbanding perasit mata satu Anwar Ibrahim. Ini dibuat didepan 15000 saksi.

PecahPalakMikir amat yakin keinsafan Zulkifli Nordin bukan kerana tawaran ganjaran jika kita berdasarkan vedio iniTonton "Zulkifli Noordin dakwa PAS telah Kafir pada Allah " di YouTube ini bukti Zul ikhlas dengan apa yang dilafazkan dirinya sendiri dibawah ini.

PASIR MAS - Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini membuat kejutan di depan kira-kira 15,000 rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja di sini apabila membuat permohonan maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.   

Permohonan maaf itu turut disaksikan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali.   

Zulkifli, yang sempat berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu, turut memandang Dr Mahathir ketika memohon maaf kerana menurutnya, beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama pembangkang sebelum ini.   

"Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun (Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki hamun Tun," katanya.   Dr Mahathir kemudian dilihat tersenyum dan mengangguk ketika Zulkifli berkata demikian.

"Dahulu saya tidak nampak kebijaksanaan Tun. Saya bersama-sama (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) maki Tun. Saya mengkritik langkah Tun memecat Anwar, walaupun saya tahu itu adalah jasa terbesar Tun kepada negara (memecat Anwar)," katanya.   

Beliau kemudian meminta rakyat menolak pembangkang yang diketuai Anwar kerana kerosakan yang lebih besar terhadap negara akan berlaku jika mereka dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13.   

Zulkifli berkata apa yang dikhuatiri sinar Islam di negara ini akan terus pudar jika pembangkang dipilih menerajui negara, dan ketika itu, tiada apa lagi yang boleh dilakukan.   

Naib Presiden Perkasa itu turut meminta rakyat berhati-hati dengan taktik pembangkang, terutama Anwar, pada pilihan raya umum ini yang akan melakukan pelbagai perkara tidak dijangka demi untuk berkuasa. - Bernama

Tahniah YB Zul.....
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here