Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 8 April 2013

Calon PKR Enggan Bertanding Atas Tiket PKR Di Dua Kawasan Parlimen Sarawak

Apa sudah jadi dengan PKR Sarawak yang terpinga-pinga mencari calon yang sesuai untuk bertanding di dua kawasan iaitu kawasan Parlimen Petrajaya dan Santubong. Walhal PKR pusat telahpun menamakan calon-calon yang bakal bertanding diseluruh pelusuk negara.

Mengikut kisah di Petrajaya sedang berlaku konflik untuk mengisi kerusi antara Ketua Wanita PKR Negeri Norhanim Mokhsin dengan Ahmad Nazib bin Johari seorang Peguam yang pernah kalah bertanding di PRN lepas mencabar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. Kedua-dua dikhabarkan tidak mahu bertanding? Tetapi mengapa jadi bergitu?

Sebenarnya kedatangan PKR di Sarawak hanyalah pakai tangkap muat tanpa meneliti sensitiviti, kehendak dan tradisi rakyat Sarawak. Hinggakan PKR dilihat wujud di Sarawak tanpa berteraskan prinsip islam. Yang mungkin ini menyebabkan mereka tawar hati? 

Faktor keduanya PKR Sarawak juga mengalami masalah mendapatkan calon yang berwibawa hinggakan Santubong tidak mempunyai seorangpun calon yang layak dan mampu memikat rakyat di Santubong. 

Melihat situasi ini cukup membuktikan PKR di Sarawak mengalami masalah yang besar kerana sebahagian besar calon yang dipertandingkan dijangkakan tidak akan mampu memikat undi buat PKR.

Faktor yang paling mengelirukan kononnya Manifesto yang yang diumumkan datuk Sri Najib lebih memikat hati dan memberi keyakinan tinggi kepada rakyat Sarawak termasuk ahli PKR. Manakala manifesto Pakatan Rakyat hanyalah satu manifesto yang sekadar tangkap muat ilusi manakala yang realiti pula, kebanyakannya telahpun di laksanakan Barisan Nasional sebelum ini. Ini menyebabkan rakyat Sarawak bergitu unik, kerana melihat kehadiran PKR bukan untuk disambut dengan memberi ruang memerintah, tetapi sebaliknya hanyalah sekadar untuk memantapkan pentabiran Barisan Nasional Sarawak supaya tidak leka. 

Jika dicampur dengan masalah Anwar Ibrahim yang semakin tidak diterima rakyat, persoalan ini menjadi bertambah besar dan kalut. Persoalan yang paling besar khabarnya ramai calon dan ahli PKR Sarawak, juga terkena sindrom hilang percaya kepada Anwar Ibrahim sepertimana yang melanda di Semenanjung dan Sabah. 




No comments:

Isu Terkini

get this widget here