Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 8 April 2013

Video Kehebatan Tun Dr Mahathir Menjatuhkan Anwar dan Haji Hadi Dalam Diam

Ini adalah fenomena luar jangkaan buat Anwar Ibrahim. Seramai 34 orang yang menubuhkan PKR dan pernah berkerja keras untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir dari secara lembut hingga cara sekeras-kerasnya . Telah kembali kembali ke pangkal jalan.

Bergitu juga buat Haji Hadi. yang sebelum ini ada orang-orang PAS pernah berhajat untuk membunuh Tun Dr Mahatir kerana taksub kepada amanat Haji Hadi. Juga telah kembali kepangkal jalan.

Sekarang dengan takdir Allah! Kelembutan, keberanian dan keikhlasan Tun Dr Mahathir menjadi senjata berbisa buat lawan. Dulunya Tun diceca, dimaki, dihina, dipijak, didoakan bala, malah ada ketahap orang berani mati untuk menjalankan operasi membunuh Tun Dr Mahathir.

Sekarang yang mana individu menentang Tun telah kembali berdiri diberlakang Ayahda Tun Dr Mahatir dengan penuh keinsafan dan berjanji berjuang memperbetulkan segalanya. Demi agama Bangsa dan Negara.

Mereka ini adalah 32 ahli bekas ahli termasuk anggota TIBAI  dan NGO Minda Pondok yang dulunya amat kuat menyokong di belakang PAS. Lihat youtube ini


Kehebatan Tun bukan setakat itu tetapi berjaya menyambung segala usaha memperkasakan kestabilan negara oleh Perdana Menteri terdahulu, dengan membangkitkan Malaysia dari sebuah negara mundur menjadi negara maju. Tun Dr Mahathir sememangnya berjaya certuskan anjakan paradigma buat Malaysia.

Manakala Pah Lah berjaya mengubah langskap politik negara kepada lebih bersifat keterbukaan, dan sekarang Datuk Sri Najib berjaya sebagai generasi penyambung usaha menuju wawasan 2020 dan mencipta formula baru untuk agihan kekayaan negara kepada rakyat yang memerlukan dengan sasaran tepat. Formula tersebut Tranformasi Kerajaan. Ini terbukti dalam Manifesto Barisan Nasional di PRU13.

Bukankah ini sudah cukup cantik, negara ini telah diaturkan oleh barisan Perdana Menteri Malaysia yang cukup berwibawa? Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah syukur keatas rahmat Allah. Janganlah kita hancurkan semua usaha kerajaan selama 55 tahun ini, dengan satu undi yang silap.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here