Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 15 April 2013

Dosa Nik Aziz Hingga Rebah Ke tanah Masih Sempat Menjadi Kejam


Nik Aziz sudah jauh dan semakin lanjut usia untuk mempertikai ibadat orang lain demi mengangkat darjat PAS. Ramai pengikut PAS berkata Nik Aziz hafal Al-Quran... Tetapi penampilan Nik Aziz mengeluarkan banyak kenyataan mempertikai ibadat orang lain dengan bersarkan mengikut akalnya sendiri.


Dulunya ramai orang Kelantan dan merebak ke negeri lain, terikut dengan ajaran Nik Aziz tetapi sejak akhir ini satu persatu takdir Allah membuktikan segala tuduhan Nik Aziz datang kembali mengena batang hidung PAS sendiri. PAS dilihat bukan sekadar tidak amanah menunaikan tanggungjawap, tidak amanah mengjaga wang wakaf, memperalatkan rakyat demi nafsu dan malah gagal mendisiplin pewakilannya yang penuh gelombang skandal sex. Asal ada skandal sex melibat ditangkap oleh Majlis Islam atau ada video semuanya dilebelkan fitnah, tampa siasatan dan pengadilan terhadap tertuduh. Sebaliknya diampun serta merta dan dibela sebaik mungkin.

Ini menyebabkan ramai ulama dan bijak pandai agama mula berganjak meninggalkan PAS. Bila ini berlaku Nik Aziz mula menjadi lebih kejam dari menghukum orang lain tampa soal siasat dengan tindakan ditaktor. Lihat kenyataan ini

GURUN 8 April - Para ulama pondok sekali lagi menegaskan haram bagi umat Islam memberikan undi kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah. 
Ia diputuskan dalam deklarasi Persidangan Ulamak Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz yang berlangsung di Hotel Haverd, di sini hari ini. 
Persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Yayasan Jiwa Murni disertai oleh kira-kira 200 orang ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Minda Pondok, Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan, Yayasan Pondok Malaysia dan serta beberapa pertubuhan lain. 
Deklarasi itu dibuat berdasarkan nas-nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu. 
Para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta sesat lagi menyesatkan. -
Artikel Penuh:

 Kenyataan mengharamkan mengundi PAS dan PKR mengundangkan kepada pihak MDT diarahkan supaya merobohkan sekolah pondok dibawah.


Nik Aziz sudah semakin tua dan PPM ingin minta maaf kerana banyak menyerang NIk Aziz tetapi Nik Aziz perlu inggat dari sisa usianya adakah dia sempat memohon maaf akan kekejamannya kepada rakyat Malaysia?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here