Tiada perkataan yang paling sesuai buat Haji Hadi melainkan "biadap" terhadap warga Sarawak. Pada Haji Hadi mungkin ini kisah lama yang dia boleh sesuka hati hina tampa mohon maaf dan kembali bila rasa perlukan sokongan untuk membawa dirinya ke Putrajaya, tetapi Haji Hadi akan maki semula bila dia kecewa bila timbul keputusan PAS tidak diterima warga Sarawak.
Orang macam haji Hadi mana nampak keburukan dirinya seorang yang biadap. Kalau dia sedar kesalahannya sudah tentu dia akan memohon ampun keatas kelukaan hati warga Sarawak yang marah akan kenyataan:
"Cuma di Batang Air sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas."
Itulah tahap biadab Haji Hadi, tetapi sekarang dengan kesombongan yang melampau mengatakan "itu kisah lama" tanpa perlu meminta maaf.
Inikah orang yang kita hendak lantik untuk memikul amanah negara. Seorang yang tidak pernah melihat dirinya bersalah tetapi sebaliknya hanya dia sahaja yang betul mengatasi orang lain. Ini samalah dengan budak bodoh sombong yang tidak boleh mendengar apa harapan dan perasaan orang lain. Yang pasti melantik Haji Hadi memikul amanah negara akan menjadikan Haji Hadi lebih kejam menganayai rakyat.
**Nota: Haji Haji kalau bercita-cita sangat hendak memimpin negara sangat! tolong jawap isu ini...
1 comment:
能够批评别人,可能是自己休养得不够好。
Post a Comment