Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 16 April 2013

PRU-13: SUPP tampil 3 muka baharu, 4 penyandang



MIRI 16 April - Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menampilkan tiga muka baharu dan mengekalkan empat calon lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Tiga muka baharu itu masing-masing Datuk Sebastian Ting di Miri, Tan Kai di Bandar Kuching dan Vincent Lau di Sibu.

Manakala empat penyandang yang dikekalkan iaitu Datuk Yong Khoon Seng di Stampin, Datuk Richard Riot (Serian), Ding Kuong Hiing (Sarikei) dan Datuk Tiong Thai King di Lanang.

Pengumuman dibuat Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di pejabat parti itu disini pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Isu Terkini

get this widget here