Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 21 April 2013

PRU13 P193 Zulrusdi Calon Tangkap Muat PKR

Zulrusdi Mohamad Hol PKR adalah calon yang bertanding di P193 Santubung menentang calon Barisan Nasional Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar. Mari kita berkenalan dahulu dengan calon Barisan Nasional.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar dilahirkan pada 1 Februari 1946 di Kampung Pendam, Sadong, Sarawak. Kini berusia 65 tahun, Ahli Parlimen Santubong ini mempunyai tiga orang anak.

Datuk Dr Wan Junaidi merupakan ahli politik Malaysia dari parti Barisan Nasional. Beliau merupakan ahli parlimen Batang Lupar kemudian parlimen Santubong, Sarawak selama 5 penggal mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) . Pada 2008 beliau dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. (Timbalan Speaker Dewan Rakyat).

Mendapat pendidikan tinggi di England dan Amerika Syarikat, beliau memperolehi Ijazah Doktor Pengurusan Perniagaan (DBA) dari University of Southern California, Amerika Syarikat.

YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar amat gemar membaca dan menulis. Beliau amat meminati tulisan-tulisan klasik sastera Inggeris seperti The Iliad and the Odyssey oleh penyair Yunani Homer, dan beliau juga telah membaca hampir kesemua buku-buku karya Denise Robins. Malah ini penulisan beliau:
  1. Evolusi parlimen dan evolusi speker parlimen Malaysia ; DBP, 2010.
  2. Falsafah moral ilmu berpengakap ; DBP, 2007.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Santubong , Negeri Sarawak. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15800.

Calon lawan ialah Rahamat Idil Bin Latip dari PKR mendapat 3,855 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 64.73% . Undi rosak sebanyak 248.

Inilah kredibliti calon yang cuba dilawan oleh Zulrusdi Mohamad Hol PKR. Siapakah pula Zulrusdi Mohamad Hol PKR? TIDAK PULA DINYATAKAN DAN DIUMUMKAN KEPADA UMUM!! Kenapa sebagai calon MP yang bercita-cita mencabar tokoh yang pernah menyandang Timbalan Speaker Dewan Rakyat, tidak menyatakan biodatanya secara detail? Sedangkan kebanyakan ahli PKR bertindak sedemikian. Jadi eloklah Zulrusdi umumkan siapa biodatanya yang sebenar.

Dalam PRU13 apakah manifesto yang cuba dibawa oleh Zulrusdi Mohamad Hol? Setelah semasa PRN 2011 dia gagal menawan DUN N.07 Samariang. Sekarang ini sedang mencuba nasib untuk kerusi MP. Kesilapan semasa DUN kerana budaya ciplak untuk memikat pengundi wanita dengan umpan berlajar memasak, menjahit, kraftangan dan entah apa lagi dia bebel. tetapi pada masa PRN 2011 sempat mengata 80% wanita Samariang menyokongnya tetapi hasilnya BERBULAK!!!

Sebenarnya ini calon tangkap muat yang warga Santubong sendiri tidak tahu apa kemampuannya sebenar jika diberi peluang. Usahlah Zulrusdi Mohamad Hol membawa ayat-ayat manis menjaja pelbagai imbuhan ke langit seperti diajar oleh Anwar anak beranak. Kerana PKR mentabir Selangor kucar-kacir sehingga Menteri Besar kena saman sebab manifesto 2008 tidak ditunaikan! Jadi bagaimana Zulrusdi Mohamad Hol dapat beri jaminan yang semua janji-janji manis itu dapat ditunaikan di Sarawak?

Berbanding dengan Tranformasi Kerajaan (Lihat SIni) di bawah Najib bertanggungjawap keatas janji dan ditunaikan sepenuhnya. Tetapi tema Pakatan Rakyat pula adalah MANIFESTO BUKAN JANJI. Jadi buat apa bersusah payah bercakap pasal manifesto kalau ia bukan janji... Kalaulah Zulrusdi Mohamad Hol dapat jawap isu sebergini? 

Ops!!! blog Zulrusdi Mohamad Hol dah 2 tahun tersadai tanpa update sebab kalah DUN 2011, dah tidak mahu update balik ke? Emmm melihat sifat malas untuk berkhidmat dengan menggunakan blognya sendiripun dah tahu yang Zulrusdi Mohamad Hol jenis buat kerja sekerat jalan daaaaaa.....





No comments:

Isu Terkini

get this widget here