Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 17 April 2013

Video Fatwa Terbaru PAS Wajib bayar RM100 Untuk Dana PRU13

PAS semakin menggila dan semakin terdesak mencari wang untuk menampung kos menawan Putrajay. Hairan bagaimana dengan kutipan derma saban hari dan saban minggu yang mencecah berjuta ringgit hilang hingga terpaksa keluarkan fatwa wajib bayar RM100 pula?

Belum pun habis kontroversi Ladang Rakyat di Kelantan, PAS Kelantan dikatakan telah meminta peserta-peserta Ladang Rakyat memberikan derma wajib berjumlah RM100 setiap peserta untuk dana PRU13 DUN Demit.

Peserta-peserta diminta membawa wang itu pada majlis penerimaan cek dividen. Beri dividen kemudian peserta diwajibkan menderma pula.

mari kita renungkan semula. 
  1. Himpunan PAS yang berulangkali yang kononnya ada 500 ribu hadir dan berapa jumlah kutipan derma tersebut?
  2. Duit derma membuat Lebuhraya Kelantan yang diam sunyi sepi sepi berapa juta kutipan dan kemana hilangnya?
  3. Duit hasil balak negeri Kelantan dan Kedah yang dikata berjuta untungnya kemana perginya?
  4. Duit ceramah harian yang berlaku setiap negeri pada setiap hari kemana saluran derma itu pergi
Adakah selama ini kutipan derma PAS tidak ada penyelarasan pusat untuk dikumpulkan ke dalam satu tabung khas untuk dana PRU13?

Adakah selama ini semua kutipan derma pada setiap ceramah merupakan hasil pendapatan sara hidup individu yang terlibat pada hari ceramah tersebut? Jadi itu wang derma perjuangan atau wang derma perut?

Kadang-kadang terfikir siapakah pelakon ini? dan bagaimana pula dengan sumber duit aktiviti yang bergini pula? tengok video ini adakah ini boleh dikaitkan dengan PAS?

Kenapa PPM dedah gambar ini, sebab PPM berpandukan permahaman dari apa pernah dikatakan Haji Hadi untuk mencari kebenaran kita harus mendedahkan aib pemimpin untuk mengetahui akan kebenarannya.





1 comment:

Anonymous said...

cer tunjuk sekali alamat dan org yg tandatangan surat ni kawan....klu mcm ni adik gua yg tadika tu pun blh buat

Isu Terkini

get this widget here