Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 17 May 2013

ADAKAH CYBERTROOPER BN TERKUBUR?

Salam perjuangan buat semua teman-teman cybertrooper BN dan setiap individu yang berkerja keras samada di alam maya atau di alam nyata. PPM percaya kaitan kedua-dua jentera alam maya dan alam nyata berkait rapat dalam perperangan PRU13 yang baru tamat. Sumbangan mereka samada yang dilantik atau yang sukarela tidak ternafi kesungguhan melawan kesukaran.

Pengalaman PRU13 cukup membuka idea pandangan setiap individu level bawah hingga atas, yang sesungguhnya perperangan Alam Maya banyak mempengaruhi gerakan alam nyata dan bergitu sebaliknya. 

PPM sedar dan ada bukti terdapat setengah menteri di Malaysia masih beranggapan yang pendekatan lama lebih berkesan hingga sanggup menafikan perjuangan cybertrooper di negerinya. Malah pendekatannya lebih kepada media utama hingga terdapat rungutan cyber trooper dibawah tidak diberi perhatian semasa kempen selepas pembubaran. PPM tidak mahu menyatakan negeri mana dan siapa kerana bukan hajat PPM untuk mendedahkan kesilapan individu tetapi untuk membuka mata dimana kita sekarang ke arah hadapi PRN Sarawak dan PRU14.

BN tentu sedar peranan media sosial dalam PRU-13. Sebenarnya BN sudah bersedia dengan perwira mayanya (cyber troopers). Cuma, tidak mencukupi. Tidak cukup agresif. Tidak cukup perkasa. Tetapi tidak adil jika kita nafikan peranan UMB pusat membantu setiap UMB negeri hingga peningkatan jumlah kerusi di Kelantan dan kemenangan Kedah. Itu kayu ukur utama UMB pusat. Malah di Sarawak UMB pusat banyak memberi bantuan info dan maklumat sebagai bahan perperangan.

Sementara itu sanggupkah BN kali ini akui ditewaskan oleh media sosial yang ganas dan tanpa belas kasihan. Pembangkang menggunakannya dengan secara berkesan. Perwira maya BN bukan tidak melawan, tetapi asakan dari pihak sebelah terlalu hebat dan dahsyat? Itu amat pahit untuk semua pihak akui sedangkan UNDI MELAYU BUMIPUTRA meningkat naik kepada BN. Kecuali undi cina. Inilah cabaran BN buat PRN dan PRU akan datang.

Di Sarawak pula, fenomena PRU13 telah membuka kesedaran level atas, bertapa pentingnya peranan cybertrooper dan PPM pasti ramai cybertrooper Sarawak bekerja keras untuk mempertahankan Sarawak. Apatah jentera Pakatan Rakyat terutama Reb Bean DAP bergitu agrasif menyampai dakyah tanpa mempedulikan batas-batasnya.

Sekarang PRU13 telahpun tamat tetapi cyber trooper PR belum pun berhenti. Malah jentera PR telah bersiap-sedia untuk menggempur PRN Sarawak dalam tempoh 2 tahun ini. Sebaliknya jentera cybertrooper BN makin ramai undur diri atau berehat sementara. Mungkin ada yang penat berjuang selama 3, 4, 5 tahun hingga abaikan tanggungjawap kepada keluarga atau peribadi. Tidak kurang yang kecewa kerana diabai masa PRU13 dan selepas PRU13? Itu perlu BN fikirkan adakah setengah atau sememangnya mereka tidak diperlukan lagi?

Sementara itu, DAP meramal PRN Sarawak bakal ada kemulutan perpecahan ketika perpindahan kerusi CM di Sarawak. Ini dapat kita andaikan DAP telah mula merangka blueprint bagaimana menawan Sarawak.

Kemenangan BN PRN Sarawak nanti adalah penting demi memastikan momentum BN PRU14 adalah kukuh. Sebab itu Pakatan telah mula menconggak bagaimana untuk tawan Sarawak. Sedangkan serangan Red Bean DAP semasa PRU13 cukup terasa bahangnya dan ada isu diluar jangkaan cyber trooper BN. 

Walaupun bergitu alhamdulillah kita berjaya menjadi Sarawak kubu kuat BN ,tetapi haruskah kita berpuas hati dengan keputusan PRU13 dan haruskah kita bersantai sekarang sedangkan jentera PR telah mula menyelusup masuk? Menyiapkan tapak-tapak baru untuk mereka serang BN. Disini kita akan nampak kerjasama alam nyata dan alam maya perlu sebagai persiapan awal.

Apa yang ingin PPM ajukan bukanlah untuk menunding siapa salah dan siapa betul. PPM berpendapat amat sesuai memperkasakan jentera Cyber trooper diawal masa ini. Kerana masalah utama semasa PRU13 soal bank data adalah lebih bagus dapat dikemaskini lebih awal dan semasa PRN atau PRU dapat diguna dengan serta merta.

PPM minta maaf jika penulisan ini menyingung mana-mana pihak tetapi PPM hanya mampu luahkan pendapat di blog kerana PPM bukan siapa-siapa dalam perjuangan ini melainkan perjuang maya biasa.




No comments:

Isu Terkini

get this widget here