Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 16 May 2013

PAN BORNEO HIGHWAY SUDAH DI DEPAN MATA


Tahniah buat Datuk Fadilah Yusof kerana berjaya diangkat sebagai Menteri Penuh dan lebih bermakna di dalam Menteri Kerja Raya. Sesungguhnya ini adalah kesungguhan Datuk Seri Najib untuk merialisasikan Pan Borneo Highway dengan melantik Datuk Fadilah. Seorang anak watan Sarawak yang sudah pasti mengenali dalam mendalami selok-belok Borneo.

Ini penting kerana banyak hal belum diduga oleh orang ouar boleh diatasi dengan sebaik mungkin.

Kegigihan Datuk Fadilah Yusof  membolehkan beliau meningkat 'rising star' ketahap paling tinggi naik dalam tempoh yang singkat.  Beliau menjadi ahli parlimen pada tahun 2004.  4 tahun kemudian beliau diangkat menjadi Timbalan Menteri.  2010 mendapat 'Datukship' dari kerajaan negri Sarawak.  5 tahun kemudian iaitu sekarang beliau telah diangkat lagi sekali menjadi Menteri penuh Kementerian yang besar iaitu Menteri Kerja Raya TAHNIAH.

Pada 16 Oktober 2010,beliau telah dikurniakan 'Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang' (PGBK) yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak,Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin, bersempena dengan Hari Ulang Tahun Kelahiran TYT Negeri Sarawak.

Sesuatu yang perlu rakyat Malaysia. PPM baru 2 kali bersemuka dengan beliau pertama kali ketika hari pencalonan PRU13 dan PPM berasa kerjasama dalam kempen PRU13 adalah mudah ketika berurusan dan sekali lagi ketika hari keputusan PRU13 dimana beliau amat berendah hati mengucap ribuan terima kasih kepada semua jentera termasuk PPM dengan penuh rendah diri. Malah cara beliau mendampingi anak muda serta masyarakat sekitar Petrajaya adalah amat mesra rakyat tanpa memikirkan dirinya sebagai YB. Anda pernah lihat YB turun kereta semata-mata untuk bersalam dengan rakyat yang sapa dikereta sebelah? Itulah Datuk Fadilah Yusof. Sebab itu semasa PRU13 beliau menang dengan majoriti besar mengalahkan calon PKR.

Mungkin kerana doa PKR yang sering memainkan isu jalan raya di Petrajaya dari PRN hingga PRU13, walhal hakikat sebenar jalan raya Petrajaya setiap tahun dipertingkatkan akan kelebaran hingga sekarang hampir separuh Petrajaya mempunyai jalan raya dua laluan. Akhirnya beliau dilantik menjadi Menteri Kerja Raya. Jadi agaknya PRN nanti PKR isu apa lagi yeee.

PPM ucapkan tahniah Datuk Fadilah dan Terima Kasih Datuk Seri Najib kerana jelas bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Pan Borneo Highway. 


No comments:

Isu Terkini

get this widget here