Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 1 July 2013

Terkini KM Taib Mahmud Disiasat SPRM

KM Abdul Taib yang didakwa terbabit dengan rasuah, siasatan telah dilakukan membabit 10 pegawai SPRM, Jabatan Peguam Negara dan pelbagai ajensi yang lain. Semua berkisar dengan video NGO yang berpangkalan di London, Global Witness (GW)

Siasatan kes rasuah ke atas KM Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuktikan undang-undang terpakai kepada pemimpin dan rakyat negara ini.


Dakwaan tak berasas
Sehubungan itu, tohmahan pihak tertentu undang-undang di Malaysia direka cipta bagi melindungi kepentingan individu betpengaruh adalah tidak berasas.

Inilah yang diperkatakan oleh Naib President Transparency International (TI), Tungku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang mana SPRM telah membuktikan sistem perundangan negara tidak dilaksanakan hanya dengan perinsip pilih kasih tetapi lebih menyeluruh tanpa melindungi sesiapapun..

"Hanya ada satu undang-undang untuk semua orang dan tiada siapa yang boleh terlepas dari muka pengeadilan sekiranya disabit kesalahan," itulah katanya ketika dihubungi wartawan Berita Harian.

"Beliau hanya disiasat , proses itu masih berlangsung dan sesorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan"

Sebelum ini bukan tidak ada mana-mana pemimpin BN mahupun Ketua Menteri yang didakwa di Makamah kerana rasuah malah pemimpin dari PR pun ramai. Tetapi ini adalah kesalahan individu bukannya kesalahan BN. Malah BN tidak pernah melindungi sesiapa yang didakwa atau disabit kesalahan kerana rasuah atau apa jua kesalahan meoanggar undang-undang negara yang lain. Salah tetap salah tiada pengecualian.

Oleh itu jangan ada sesiapa yang memandai bercakap sesuka-hati dan jika anda bukti yang kuat yang kukuh untuk menyabit KM Taib Mahmud boleh salurkan kepada SPRM tetapi jika tidak ada jangan melalak tak tentu pasal.



No comments:

Isu Terkini

get this widget here