Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 27 August 2013

Sejarah Kemerdekaan Dari Kacamata Khalid Ibrahim

Menarik Khalib Ibrahim mempunyai idea bernas dari kacamatanya untuk mengubah sejarah berdasar apa yang mereka kata! Siapa yang kata tidak pula Khalib umumkan tetapi Khalib yakin keperluan untuk mengubah sejarah adalah wajar sama sekali.

Berdasar sebagai pengalaman Khalib Ibrahim sebagai Menteri Besar yang sering menjadi pepatung yang dikawal oleh puak-puak biadap tanpa dapat dikawal oleh bang non. Sudah tentu jelas ternampak agenda Khalid lebih menurut kehendak pihak-pihak tertentu yang mahu mengubah kegemilangan sejarah negara kepada memberi kelebihan pena-pena puak biadap.

Sebab itulah keperluan mengubah sejarah adalah agak terdesak untuk menggangkat wira-wira baru yang boleh memberi kelebihan kepada mereka. Yang jelas Khalid tidak mempunyai alasan kukuh untuk menyokong niatnya melainkan "Perbezaan inilah yang perlu diperjelaskan. Sebagai contoh, asas kemerdekaan negara bermula daripada gerakan penentangan Malayan Union pada tahun 1946 namun ada juga orang kata asas kemerdekaan itu bermula apabila British memerdekakan negara-negara jajahan mereka di Afrika dan ia diperluaskan kepada negara-negara jajahan mereka yang lain," katanya di Malaysiakini.

Persoalannya beranikah Khalid Ibrahim tampilkan siapakah yang dimaksudkan "ada juga orang kata"?


No comments:

Isu Terkini

get this widget here