Pengumuman untuk memainkan lagu Negaraku dalam panggung wayang di seluruh negara antara 28 Ogos hingga 3 September ini menerima pelbagai reaksi daripada orang awam. Tidak kurang yang sengaja mengada-ngada tunjuk bijak membangkang dengan ayat-ayat berbelit. Inilah yang dimainkan oleh Malaysiakini
Macamlah lagu negara makan masa 10 jam kena berdiri sebagai tanda menghormatinya. Susah sangatkah untuk berberapa hari kita tanamkan sedikit rasa sayangi Malaysia dan membawa generasi baru untuk turut tanamkan semangat yang sama,
Apatah kebanyakan generasi baru selepas sekolah, bertindak biadap dengan jalur gemilang dan apatah lagi mahu menghayati erti kemerdekaan. Jelas buat sesiapa yang sengaja menyulitkan kempen dengan alasan-alasan bodoh ini, sengaja tidak mahu melihat bangkitnya rasa cintai lagu negaraku dengan penuh petriotik dan menghayati, menjiwai erti kemerdekaan dengan penuh kesyukuran, sambil mengenang jasa tokoh-tokoh yang berkorban dan terkorban demi mencapai kemerdekaan yang kita kecapi hingga kini?
No comments:
Post a Comment