Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 26 August 2013

71% Gangster Dari Kalangan India Ada Unsur Rasis?

Apabila PDRM mendedahkan dari rekod polis mengenai anggota gengster menunjukkan 71 peratus dari kalangan orang India, telah menjadi satu isu sensetif hingga ada beranggapan menyentuh isu perkauman.

Malah tindakan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pulau Pinang, Kedah dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, MENJADI ISU YANG DIPOLITIKAN kerana polis telah berjaya mengesan dan membunuh sekumpulan ahli kongsi gelap 04 yang terbabit dengan 10 kes bunuh di tiga buah negeri. Jika benar mereka bersabit kes bunuh tentu bukan satu operasi yang mudah untuk menangkap mereka.


Ini berikutan berlaku dengan sekumpulan ahli kongsi gelap itu maut dalam kejadian selepas berlaku tembak-menembak dengan pasukan polis di dalam sebuah pangsapuri di Century Bay, Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong. Kelima-lima suspek itu ialah J. Gobinath, 31, R. Ramesh, 27, A. Vinut, 23, M. Suresh, 25, dan M. Gobinath, 21. 


Jadi dimanakah letak relevennya untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy berkata keganasan bukan satu jalan untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi masyarakat India berhubung peningkatan kadar jenayah. Walhal untuk menangkap penjenayah yang terlibat dalam gerakan gengster dan hingga mempunyai senjata dan ada kes bunuh lagi, tidak semudah dengan masuk rumah beri salam sambil jamu teh secawan?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here