Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 22 September 2013

Video Demo- Kecoh Tiada Undang Boleh Menghalang Abu Chin Peng


Kecoh di alam maya dengan kaitan tiada undang-undang boleh menghalang kemasukan abu Chin Peng untuk disemadikan dan dijadikan makam peringatan oleh puak-puak yang pro ideologi komunis seperti yang tercerita dipautan ini (klik). Situasi ini menimbulkan pelbagai demo seperti pautan ini (klik video) yang mempunyai suara dan hujah mereka sendiri.

Tetapi benarkah negara kita tidak mempunyai undang-undang khas untuk menghalang kemasukan Abu Mayat Chin Peng?

Menurut pautan ini (klik) dan pauntan huraian tujuannya ini (klik) Dibawah akta 342 PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988..

Tiada sesiapapun yang boleh membawa masuk mana-mana bahagian mayat atau abu sematipun. Tanpa mendapat kebenaran permit dari pihak berwajip yang dilantik dibawah undang-undang tersebut.

Jika ada penyeludup ditangkap kerana menyeludup abu atau mana-mana bahagian mayat Chin Peng, Akan berisiko di dakwa di mahkamah di bawah Seksyen 9 Akta tersebut dan boleh di hukum maxima 2 tahun penjara atau/ dengan denda sekali dibawah Seksyen 24 Akta yang sama


Jadi pada PPM. KDN mempunyai hak untuk menghalang atau membatalkan sebarang permit abu mayat Chin Peng dengan alasan boleh menimbulkan huru-hara.

Pada alasan kedua PPM, Chin Peng bukanlah warga negara, jadi dimana haknya untuk membawa masuk Abu Chin Peng untuk dimakamkan di Malaysia.

Sudah tentu ada pihak yang amat suka terutama yang mengerakan propaganda ideologi komunis bercita-cita amat ingin memakamkan Chin Peng dengan harapan menjadi satu motivasi kepada pengikut baru dan lama bagi menghidupkan kembali gerakan ini dan secara tidak langsung mampu memberi kelebihan politik untuk berkuasa memerintah Malaysia.



No comments:

Isu Terkini

get this widget here