Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 3 October 2013

9 Sebab Memalukan Lim Guan Eng Untuk Raikan 45 Tahun Dinasti Lim

Pertama sekali seluruh rakyat Malaysia wajip mengucapkan tahniah kepada Lim Guan Eng kerana dia berjaya, dia hebat betjuang dengan penuh bermaruah demi kaum kerabatnya Dinasti Lim. 45 tahun bukan satu jangka yang pendek dan sudah pasti dalam 5 tahun menerajui Pulau Pinang sudah tentu berbaloi yang amat.

Kali ini setelah mencecah 45 tahun semenjak 1968, Dinasti Lim bertahan sebagai peneraju utama DAP. Lim Guan Eng sedikitpun tidak merasa malu malah berbangga dengan mendapat tempat ke 5 dalam senarai undi popular. walaupun itu kuputusannya, Lim Guan Eng masih berdiri sebagai Setiausaha Agung DAP. Inilah keputusan yang dibangga-banggakan bapanya Lim Kit Siang:

1. Liew Chin Tong - 1,438 (terdahulu 14th)
2. Lim Kit Siang - 1,436 (1st)
3. Karpal Singh - 1,421 (3rd)
4. Gobind Singh - 1,409 (7th)
5. Lim Guan Eng - 1,304 (2nd)

Lim Guan Eng tetap terulung dalam 9 perkara.
  1. Lim Guan Eng masih boleh memperdayakan dan menafikan kelayakan Liew Chin Thong sebagai Setia Usaha Agung DAP. Walhal Liew Chin Thong membuktikan dirinya lebih berpengaruh dengan 55% kuasa undi berbanding Lim Guan Eng hanya 49.99%. Bukankah Liew Chin Thong dipercayai untuk membawa perubahan DAP kepada lebih baik. 
  2. Lim Guan Eng cukup hebat dan bertuah kerana mampu mengumpul kemewahan dari 45 tahun sebagai Setiausaha Agung DAP jika dicampur dengan Lim Kit Siang, tanpa ada sesiapapun dapat menafikan kerusi kekuasaan mereka, walaupun! Karpal Singh yang sepatutnya lebih layak berbanding Lim Guan Eng 
  3. Lim Guan Eng terbukti berjaya bermain silap mata dengan 845 pengundi hilang dan 17 orang calon mengundur diri dengan tiba-tiba disaat-saat akhir menjelang CEC DAP, akhir Lim Guan Eng boleh bermegah-megah walaupun tetap jatuh ke tangga ke 5. Dengan ini tidaklah malu sangat bergelar Setiausaha Agung. 
  4. Lim Guan Eng telah membuktikan kuasa kroni lebih hebat berbanding kuasa undi pemilihan ahli dalam CEC DAP. Ini dibuktikan dengan P Ramasamy boleh menyandang 3 jawatan termasuk Timbalan Setiausaha Agung walaupun kroni ini tidak termasuk dalam 20 undi tertinggi yang diwar-warkan paling layak untuk mengisi kerusi CEC DAP. Namun tiada siapapun berani membantah? 
  5. Lim Guan Eng mampu membuktikan inilah contoh cara pilihanraya yang betul, yang mana Undi Popular hanya sah diguna pakai dalam pemerintahan negara dan bukannya di dalam pemilihan seperti CEC DAP. Muslihat terbaik untuk memastikan Dinasti Lim terus bermaharajarela berbanding undi popular dalam PRU 13, hakikatnya Datuk Sri Najib Razak membawa UMNO BN dengan lebih bermaruah berbanding DAP, iaitu mendapat hampir 60% (133 kerusi) daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. 
  6. Lim Guan Eng masih mampu mengangkatkan DAP sebagai parti berbilang kaum walaupun tiada seorangpun melayu layak diangkat mengisi dalam setiap jawatan yang ada dalam CEC DAP kali ini. Kecuali melayu celup.
  7. Lim Guan Eng masih hebat memberi kepercayaan kepada PAS yang DAP masih patut menjadi khalifah yang memerintah PAS walaupun melayu dalam DAP hanya bernila 50 sen dan sudah tentulah PAS paling tinggipun 5 Sen. 
  8. Keupayaan Lim Guan Eng menterjemahkan DAP sebagai parti yang paling ideal untuk dicontohi sebagai modul pemerintah yang bermaruah dan yang boleh dipercayai rakyat. Inilah konsep sebenar Malaysia Malaysia yang masa hanya Ultra Kiasu lebih berkuasa dalam semua aspek yang wujud dalam Malaysia. Manakala kaum lain hanya layak sebagai pemangku tetapi melayu tiada tempat untuk dihormati. 
  9. Adakah anda rasa berbangga atau malu mempunyai orang seperti Lim Guan Eng untuk diangkat sebagai teraju negara Malaysia? Pada orang-orang melayu tegar PAS dan PKR amat mempercayai dengan bersungguh-sungguh, yang Lim Guan Eng telah membuktikan apa yang berlaku CEC DAP membuktikan Lim Guan Eng benar-benar ikhlas untuk menjadikan parti DAP berwardah pelbagai kaum?
Adalah memalukan ucapan Lim Guan Eng 
"Kita tidak mahu jadi MCA, kita tak mahu jadi MIC walaupun kita mempunyai lebih ramai wakil rakyat India dalam DAP, kita juga tak mahu jadi UMNO, apa yang kita mahu ialah menjadi parti untuk seluruh rakyat Malaysia"

“Kita bukan mahu laungkan hidup Melayu atau hidup Cina tetapi kita mahu laungkan hidup Malaysian Malaysia,” katanya bersemangat dalam muslihat halus memperbodohkan rakyat terutama melayu dan bumiputera.




No comments:

Isu Terkini

get this widget here