Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 16 October 2013

Chua Jui Meng Persenda Peranan Rasulullah Terhadap Khalimah Allah

Kerana percayakan kalimah ALLAH sebahagian teras kepercayaan dan amalan agama Kristian. Membuatkan semakin biadap tindakan Chua Jui Meng semenjak berhijrah ke PKR. Ini yang sebenarnya mereka mahu. Meraka mahu kehendak mereka dijadikan hak mutlak tanpa boleh dibangkang atau dihalang.

Berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan pagi Isnin 14 Oktober perlu insaf bahawa ALLAH baru memberi “separuh kemenangan” pada perjuangan mereka yang berpaksikan keyakinan ALLAH tidak boleh disalahanggap sebagai mempunyai ciri-ciri Tuhan Kristian – Tuhan, anak Tuhan dan Ruhul Kudus!

Mahkamah Tinggi tersilap, kata hakim

Hakim Mahkamah Persekutuan, Apandi Ali, yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Aziz Abdul Rahim dan Mohd Zawawi Salleh memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi silap apabila membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengeluarkan perintah larangan berkenaan.

“Pengamatan kami ialah kalimah ALLAH bukanlah sebahagian teras kepercayaan dan amalan agama Kristian.

“Berdasarkan hakikat ini kami tidak nampak sebab mengapa pihak responden (Ketua Uskup Gereja Katolik) bertegas mahu menggunakan istilah ALLAH dalam penerbitan mingguan mereka.
Tetapi puak-puak tidak akan berdiam diri. Lebih malangnya ada sebahagian islam dalam Barisan Nasional mengeluarkan ayat yang mengiakan tuntutan mereka kerana terpaksa atau sengaja hanya allah yang mengetahui.

Persoalanya Adakah anda sanggup terjebak dengan kufur semata-mata hendak jaga hati rakan agama lain?

Pada PPM lebih utamakan Khalimah Allah dari parti dan kelak ketentuan apa yang berlaku kepada Malaysia datang dari Qada dan Qadar Allah sendiri. 

Mengapa kita harus takut untuk perjuangkan atas nama Allah. Kita bukan merusuh tetapi kita hanyalah berpaksikan keyakinan ALLAH tidak boleh disalahanggap sebagai mempunyai ciri-ciri Tuhan Kristian dan kita mahu menghalang penyalahgunaan melalui undang-undang.


Jika anda umat islam sejati dan mengutamakan kaedah usul fiqh sudah tentu kita tidak akan berganjak untuk mempertahankan khalimah Allah dari dibenar untuk disalahgunakan oleh agama lain. Sebab itulah kita letakan Agama mendahuli Bangsa dan Negara dalam iltizam perjuangan kita.


Buat Chua Jui Meng sememang cukup melampau dengan sengaja mempertikaikan peranan Rasulullah yang kita cintai dalam mengjaga kesucian khalimah Allah. Inilah akibatnya bila sesama islam tidak bersatu demi Allah.


No comments:

Isu Terkini

get this widget here