Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 7 November 2013

Kenyataan Pembetulan Karpal Singh Bebaskan PAS Dari Pembatalan


Karpal Singh hari telah menjadi hero pujaan PAS kerana telah berjaya menyelamatkan PAS sebagai satu-satu parti tunggal yang tidak akan terbabit dengan pembatalan parti malah bebas dari syarat disertai oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Semalam, setelah bangkitnya beberapa pimpinan Pas tampil membidas kenyataan Karpal yang mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Turut terbuka membidas termasuk, Pemuda Pas Selangor yang mendesak agar Karpal menarik balik kenyataan yang disifatkan biadab itu.

Mengulas perkara sama, Kit Siang menyifatkan dakwaan itu sebagai cubaan merosakkan kesepaduan PR.

“Semua orang mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan PR.

“Terbaru ialah dakwaan bahawa Karpal mahu pendaftaran Pas dibatalkan,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Kit Siang mendakwa kritikan Karpal adalah terhadap Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

“Beliau (Karpal) mengkritik PPMM kerana mengugut Majlis Peguam lantaran sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, Herald.

“...sambil menekankan bahawa demi kepentingan perpaduan nasional, badan-badan politik atau profesional tidak wajar beroperasi dalam kerangka perkauman atau keagamaan,” dakwanya.

Oleh itu rakyat Malaysia diharap dapat terima kenyataan yang PAS sahaja di kecualikan dalam cadangan ini, kecuali pada mana-mana parti politik atau persatuan lain, adalah tertaluk dengan berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Ini adalah hak yang telah ditentukan Karpal dengsn sokongan Lim Kit Siang tanpa dapat dinafikan oleh mana-mana pihak yang lain. 

Yang pasti dengan cadangan ini tiada lagi mana-mana parti politik atau persatuan boleh membuat sebarang keputusan sendiri terutama soal ABATA. 

Kerana keahlian bukan islam boleh mensejahteraan kehendak dan agenda DAP dalam misi menghadkan usaha-usaha memperkukuhkan pelembagaan atau ciri-ciri sebagai sebagai sebuah negara yang Islam berstatus agama resmi.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here