Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 2 November 2013

Selepas Kempen Tabur Benih Padi Haji Hadi Beralih Kempen Nelayan Pulak

Hangpa ingat lekehka kempen PAS kali ini!! siap depa berani turun main lintah dalam kubang bendang lagi tau, Tudiaa Aiih semangat namanya tu. Tapi tentulah tak cukup sempurna kalau Haji Hadi tak mau pi lajak ke pengkalan Yan sat!! Lagipun Haji Hadi pernah berkecimpung dalam bidang nelayan sebelum ini bukan.

Bukan apa bila dok dengaq orang pengkalan Yan dok kalut laa nak sokong BN pasai kat cerita bawah ni, rugi oooo kalau Haji Hadi tak pi terpa jadi nelayan seminit dua. Kalau dalam bendang depa boleh tibai tabuq benih padi waktu ayaq penuh, tak kan laa setakat nak bagi terabik (terkoyak) mata pukat tak boleh kot?

Sebelum tu nak habaq dulu, orang jenis Haji Hadi apa jenis pun dia boleh menjelma dalam sekelip mata, walaupun kadang-kadang depa sanggup bermain di atas batas akidah diri. Sebab objektif utama mereka adalah kuasa di dunia...

YAN, 1 Nov – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau pada 4 Nov ini ditagih oleh masyarakat tempatan khususnya para nelayan yang sentiasa mengharapkan bantuan dan sokongan kerajaan dalam memastikan kesinambungan aktiviti harian mereka.

Pengerusi Persatuan Nelayan kawasan Yan, Saidin Kassim berkata, biarpun sebelum ini Pas yang mentadbir kawasan DUN Sungai Limau selama lima penggal dan menjadi kerajaan negeri sepenggal pada 2008 namun kerajaan BN yang lebih banyak mengambil berat dan memberi bantuan kepada masyarakat nelayan di kawasan ini.

“Kita amat menghargai bantuan dan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN biarpun sebelum ini Pas yang mentadbir di sini tetapi BN tidak pernah abaikan keperluan nelayan di sini jadi PRK ini adalah masa untuk kami membalas budi,” katanya kepada UMNO-Online.

Dalam hal ini, beliau turut menyokong pemilihan Dr. Ahmad Sohaimi sebagai calon BN yang bakal menjadi wakil rakyat tempatan sekiranya BN mendapat mandat kelak.

“Saya kenal Dr. Ahmad Sohaimi sudah lama, sejak 20 tahun lalu, masa kami sama-sama terlibat dalam Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Limau bagi memperjuangkan nasib petani.”

Katanya, Dr. Ahmad Sohaimi adalah anak tempatan kawasan ini yang menjadi guru dan kemudiannya menjadi pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Orangnya ramah, suka menolong dan mudah bergaul dengan masyarakat tempatan sejak dahulu lagi.”

Beliau turut mengulas berkaitan calon Pas Mohd Azam Samat yang dianggap bukan orang yang dikenali sebagaimana didakwa lantaran tidak banyak diketahuinya walaupun Saidin telah berkhidmat di kawasan terbabit sejak puluhan tahun lalu.

“Saya tak kenal calon Pas biarpun mereka kata orang tempatan kerana saya juga orang tempatan dan banyak bergaul dengan masyarakat di sini.

“Sejak dulu lagi kita sentiasa menyokong BN dan saya yakin masyarakat tempatan dapat menilai dan mengundi calon BN pada pilihan raya kecil nanti,” katanya lagi.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kelulusan pembinaan pasar nelayan serta peruntukan RM2.5 juta bagi projek tukun tiruan selain RM500,000 lagi diperuntukkan untuk penambahbaikan Jeti Kuala Dulang Kecil, Sungai Limau di sini. – MediaUMNO

1 comment:

paridah said...

Tambah cantik jeti Kuala Dulang Kecil ya...ada pondok-pondok kecil di tepi pantai...perhati2kanlh juga penghuni2nya.







Isu Terkini

get this widget here