Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 25 January 2014

9 Faktor Penutup Perjuangan Allahyarham Harun Taib Cukup Cantik



Al Fatihah Tuan Guru Dato Haron Taib meninggal dunia jam 12 malam tadi.

Apa pun kita telah kehilangan individu yang penting dalam pas hari ini kerana beliau merupakan sebilangan pemimpin yang tinggal yang berani tanpa was-was tentang perjuangan Agama Bangsa dan Negara.


1) arwah merupakan kawan baik yang sependapat dengan haron din yang turut sama menentang penggunaan kalimah Allah oleh DAP

2) arwah merupakan individu yang menolak campurtangan DAP dalam parti PAS

3) pada PRK Sg Limau Arwah telah tidak hadir mesyuarat dua hari sebelum hari mengundi kerana menolak campurtangan DAP pada kempen PAS di Sg limau.

4) arwah pernah mengesa pucuk pimpinan PAS menarik diri dari Pakatan ekoran sikap keterlaluan DAP dalam mencampuri urusan PAS

5) arwah merupakan rakan dan sekutu umno dalam mempertahankan Kalimah Allah dan nasib bangsa Melayu.

6) selepas pru13 arwah pernah melahirkan kebimbangan akan ancaman Ultra DAP yang mahukan kuasa dan mengesa pucuk pimpinan parti pas mengadakan hubungan dengan umno bagi menyelamatkan islam.

7) Yang paling jelas Arwah mahu matabatkan perjuangan Islam dan bukannya menjadi barua DAP

8) Pemergian arwah bermakna semakin kurang golongan ulamak dalam PAS maka lebih mudah DAP untuk mereka menguasai dan menjadikan PAS barua mereka.

9) Kawan rapat arwah iaitu ustaz Haron Din dikhabarkan tidak berapa sihat dan pastinya DAP akan mengambil peluang melalui golongan bukan ulamak untuk menguasai kedudukan dalam kepimpinan PAS.

Memang Benar arwah telah meninggalkan kita namun dalam politik namun jasa Arwah terlalu hebat dan penutupnya cukup cantik seolah-olah semasa hidupnya Arwah sedar akan pembetulan dalam PAS harus dilakukan sebelum sampai masa semalam. Al-Fatihah

2 comments:

Anonymous said...

Al Fatihah utk Ust Harun Taib !

Anonymous said...

Yg sokong Kalimah Allah swt disyirikkan, moga sempat bertaubat sebelum Izrail datang menjemput.

Isu Terkini

get this widget here