Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday, 9 February 2014

Panas!! Adun Hutan Melintang Perangkap Atau Diperangkap



Isu ADUN Hutan Melintang, YB Kesavan keluar parti heboh diperkatakan pada 4 Februari lalu selepas sepucuk surat yang dikatakan dihantar kepada Speaker DUN Perak tersebar di laman media sosial.





Namun selepas beberapa jam perkara tersebut dinafikan oleh PKR melalui Pengarah Komunikasi parti berkenaan Fahmi Fadzil disusuli kenyataan dikeluarkan YB Kesavan bagi menafikan perkara tersebut :
"Dengan ini saya sekeras-kerasnya menafikan berita yang mengatakan saya telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan serta merta. Saya ingin menegaskan disini bahawa saya masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat. Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan unsur sabotaj yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab."
Yang Benar,

YB Kesavan a/l Subramaniam

No KP 720613-08-6261
Susulan kes tersebut semalam Ketua Polis Negeri Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu kepada media bahawa lelaki berusia 61 tahun yang disoal siasat mengaku dibayar oleh individu tidak dikenali serta bertemu individu berkenaan dalam program parti di Kajang :
"Lelaki itu mengakui dirinya sebagai penyokong PKR dan telah bertemu dengan individu berkenaan di sebuah program parti di Kajang. Dia juga mendakwa tidak mengetahui berkenaan isi kandungan surat yang dihantarnya” The Star Online
Awal pagi tadi pula saya menerima maklumat mengatakan ia antara pengakuan yang direkodkan dari penghantar surat ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Ipoh.


Dalam kenyataan (bawah) lelaki tersebut mengaku diupah sebanyak RM1500 oleh seorang lelaki India dan turut diberitahu PKR merancang 'politik gaming' ADUN Hutan Melintang akan keluar parti dengan menjadi ADUN Bebas sambil menjadi informer kepada PKR :




Nampaknya, ADUN Hutan Melintang perlu menjelaskan adakah perkara ini benar-benar dirancang dan dipersetujui oleh dia sendiri sebagaimana dikatakan penghantar surat berkenaan?


Siapa lelaki India yang dikatakan dan kenapa dia sanggup mengeluarkan sebanyak RM1500 sebagai upah supaya surat tersebut dihantar?


Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan polis, diharap agar pihak berkuasa membuat penyiasatan menyeluruh seterusnya membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.


Arioss...! Kredit to http://yuseriyusoff.blogspot.com

No comments:

Isu Terkini

get this widget here