Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 9 February 2014

Video PM Menghormati Keputusan Tan Sri Taib Mahmud Bersara


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan penghargaaan kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di atas jasanya memimpin negeri itu.

Beliau berkata, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu telah membangunkan Sarawak ke tahap yang membanggakan.

"Saya menghormati keputusan yang dibuat oleh Pehin Sri Taib. Beliau telah memaklumkan perkara ini terlebih dahulu kepada saya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Pecah Tanah Wisma Umno Bukit Gantang di sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai spekulasi bahawa Abdul Taib akan bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak tidak lama lagi.

Najib berharap pemimpin yang bakal menggantikan Abdul Taib dapat memastikan pengaruh parti itu terus utuh pada masa akan datang.

"Beliau telah meletakkan BN (Barisan Nasional) dan PBB sebagai parti yang unggul di Sarawak," katanya.

Di Kuching hari ini, Abdul Taib memberitahu media bahawa beliau akan membuat pengumuman penuh mengenai spekulasi persaraannya dua hari lagi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi PBB.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here