Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday, 13 February 2014

Semakin Ramai Rakan Anwar Boikot PRK Kajang



KUALA LUMPUR 12 Feb. - Parti Sosialis Malaysia (PSM) memutuskan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Mac kerana baginya alasan PRK itu diadakan tidak munasabah.

Pengerusi PSM, Dr. Nasir Hashim hari ini berkata, alasan PRK itu diadakan adalah satu amalan yang tidak baik kepada sistem demokrasi dan menyebabkan pembaziran wang rakyat.

"PSM tidak berhasrat bertanding dalam satu PRK yang kami sendiri tidak restui dan sebagai sesuatu yang tidak patut diadakan hanya kerana anggota DUN meletak jawatan tanpa sebab," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabatnya di sini.

Nasir berkata, keputusan itu juga diambil selepas mendapat pandangan daripada anggota PSM dan menimbang saranan daripada pemimpin pakatan pembangkang.

Katanya, PSM yang dianggap sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tidak berhasrat untuk memecah undi di PRK DUN Kajang, seperti yang pernah berlaku di DUN Kota Damansara dan DUN Semenyih pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

PSM sebelum ini dilaporkan akan meletakkan calon mereka di DUN Kajang bagi memberi 'pengajaran' kepada PKR.

Sementara itu, Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan berkata, PSM tidak akan merestui mana-mana calon dan menyerahkan kepada pengundi di DUN Kajang untuk membuat keputusan.

"Buat masa ini, kami akan beri fokus kepada siri jelajah sahaja. Jika mereka minta bantuan, kami akan timbangkan. Tetapi buat masa ini, bantuan terbesar PSM ialah dengan tidak bertanding dan memecah undi," katanya.

Arutchelvan berkata, PKR tidak memerlukan bantuan PSM untuk berkempen di PRK DUN Kajang kerana PSM hanya sebuah parti yang kecil dan tidak mempunyai sumber besar.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mac sebagai hari penamaan calon dan 23 Mac sebagai hari pengundian bagi PRK DUN Kajang.

PRK ini diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut anggota DUN daripada PKR, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

PKR kemudian menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk kerusi itu.


No comments:

Isu Terkini

get this widget here