Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 13 February 2014

Surat Perjuangan adalah pengorbanan Abang Johari Terhadap Pelantikan Adenan Satem


Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyambut baik pemilihan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.

Beliau berkata, atas semangat perpaduan dan permuafakatan yang jitu, mandat penuh yang diberi Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melambangkan barisan kepimpinan parti sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat berbanding keutamaan peribadi.

"Perjuangan adalah pengorbanan. Pangkat dan darjat bukannya keutamaan. Keselesaan rakyat adalah impian.

"Saya percaya perjanjian perpaduan tokoh-tokoh kanan PBB dan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Adenan akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang diletakkan oleh Abdul Taib ke arah Sarawak yang maju menjelang 2030," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Kementerian Perumahan Sarawak di Wisma Sultan Tengah di sini hari ini.



No comments:

Isu Terkini

get this widget here