Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 1 March 2014

Nilai Pelaburan Negara Luar Biasa



Malaysia mencatatkan nilai pelaburan langsung yang diluluskan sebanyak RM216.5 bilion pada 2013 iaitu memecah rekod tertinggi pada tahun sebelum itu yang berjumlah RM167.8 bilion.

Daripada jumlah itu, 72.5 peratus merupakan pelaburan langsung domestik manakala 27.5 peratus pelaburan langsung asing.

Kesemua pelaburan yang diluluskan itu membabitkan 5,669 projek dengan 14 daripadanya berstatus mega yang nilainya melebihi RM1 bilion.

Kesemua projek yang diluluskan itu berupaya mewujudkan kira-kira 192,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat tempatan.

1 comment:

paridah said...

Negara kita ni sangat kaya so tidak hairanlah ramai yg mahu menguasainya...kalau dah terlepas jangan mmpi nak dapat semula...izin sy copy ni yer.

Isu Terkini

get this widget here