Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 1 March 2014

Rafizi Dedahkan Tokoh Dalam PKR Kaki Kapur


Rafizi gopoh nak memburukkan imej Zaid Ibrahim secara tak sengaja membuka pekung didada kronisma dalam PR di negeri Selangor. Rafizi Ramli yang baru-baru ini membuat pendedahan terhadap 2 email dari calon bebas Zaid Ibrahim tanpa disedari telah membuka pekung didada pentabiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor. 

Kandungan email pada tahun 2010 tersebut dikatakan oleh Rafizi Ramli sebagai permintaan untuk memajukan kepada MB Abdul Khalid agar mempertimbangkan permohonan dua syarikat untuk mendapatkan kelulusan memajukan tanah dan mengadakan usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri. 

Dari pendedahan tersebut ternyata wujud kecenderungan ahli perniagaan dan ahli parti melobi kerja dan tender kerja ‘direct nego’. Seharusnya jika Rafizi Ramli seorang yang jujur dan amanah seharusnya melaporkan insiden tersebut pada 2010 dahulu tetapi kenapa mendiamkan sahaja perkara sedimikian yang bertentangan dengan dasar Pakatan Rakyat untuk anti kronisma dan anti korupsi. 

Pelbagai persoalan kini wujud dan dibuah mulut rakyat Selangor dan Malaysia amnya.  

 Adakah permintaan itu telah diajukan oleh Rafizi Ramli kepada MB Khalid? Dan adakah ia di luluskan ? 

Berapa banyak lagi permintaan oleh pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat sebegini telah di luluskan? 

Hairan beginikah yang dimaksudkan Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat “reformasi”, anti kronisma dan “bersih” korupsi?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here