Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir
Saturday, 1 March 2014
#PrkKajang Projek Terbengkalai Terbaru Dalam Dunia Diktator Lim Guan Eng
Jambatan Kedua PP (BN) VS Prangin Canal PP (PR) Jambatan kedua dari perlancaran pecah tanah 2006 dan sekarang pada Mac 2014 bakal di buka untuk awam dan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Najib Razak. Jambatan ini yang terpanjang di asia tenggara dan ketiga terpanjang di dunia berkepanjangan 24 kilometer menghubungkan Batu Maung di pulau dangan Batu Kawan di Seberang Perai.
Bandingkan pula dengan Prangin Canal adalah satu laluan air penting suatu ketika dahulu di Georgtown, akan tetapi ia telah menjadi longkang terbuka. Pada 2010, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah melancarkan inisiatif “Cleaner Greener Penang” di Prangin Canal dan akan tetapi sehingga kini Prangin Canal masih dalam keadaan menjijikan dan meloyakan dipenuhi sampah serta bangunan lama dibiarkan dengan semak samun.
Dikatakan dari 2009 satu cadangan telah dikemukakan untuk memajukan Prangin Canal dan pada 2012 baru wujud satu pelan oleh Penang Development Corporation untuk menjadikan ia sebagai “Herittage Enclave”. Bayangkan 2009 sehingga 2012 tiga tahun belalu baru nak keluarkan cadangan.
Berapa tahun pula diperlukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mula? Prangin Canal ianya satu projek 4.5 ekar sahaja di Georgtown bersebelahan Komtar tetapi memerlukan lebih 5 tahun belum apa pun dibuat...
Kalau ini pun susah nak dilaksana tak boleh dibayangkan apa akan jadi dengan terowong bawah tanah kerajaan negeri nanti..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment