Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 28 March 2014

#PrkBaligian Peguam Pembela Penjenayah N. Surendran Mengajar Tatarakyat Kepada Orang Sarawak

Betapa hebat N. Surendran menyelar Ketua Menteri Sarawak Angkuh dan ini telah dipetik dari kenyataan peguam yang tidak kenal makan saman.

Susulan kejadian beberapa pemimpin PKR dihalang dari memasuki Sarawak, PKR semalam telah membuat satu sidang media khas untuk mengutuk tindakan tersebut.
Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam kenyataannya membidas tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Sarawak itu dan turut menyifatkan Ketua Menteri yang baru ini memang seorang yang sombong dan angkuh.
Beliau turut menyalahkan pihak Barisan Nasional di atas insiden ini sambil menuduh bahawa pihak kerajaan negeri Sarawak telah mengikut telunjuk BN untuk menghalang pemimpin Pakatan Rakyat dari membantu calonnya dalam kempen sempena PRK Dun Balingian.
“BN jelas menggunakan Akta Imigresen bagi menahan pemimpin Pakatan Rakyat dari berkempen di Balingian dan tidak menghormati proses pilihan raya,” ujar Surendran kepada media.
Tambah Surendran lagi, seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 secara jelas telah dilanggar oleh kerajaan Sarawak dengan niat untuk menghalang aktivis politik dari memasuki negeri tersebut.
“Kerajaan Sarawak dan BN tidak tahu secara jelas Akta Imigresen dan bertindak tanpa mengambil kira undang-undang yang sah.“Ia juga melanggar Perkara 9 (2 ) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bergerak".
“Kuasa ini mesti dijalankan dalam Persekutuan Perlembagaan yang ditetapkan dalam Perkara 9 ( 3) Akta Imigresen dan Perlembagaan,” tambah pemimpin PKR itu.
Sementara itu, Tan Sri Adenan Satem selaku Ketua Menteri telah mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu bahawa kerajaan negeri pimpinannya tidak mengalu-alukan kedatangan ekstremis kaum dan agama untuk pembuat kacau daripada memasuki Sarawak



Tetapi sesuatu yang N. Surendran patut sedar rakyat Sarawak tahu yang dia seorang yang tidak tahu mana baik dan mana buruk dalam mengejar cita-citanya sebagai ahli politik. Sesunguhnya akhlak N. Surendran cukup teruk dan boleh dipertikaikan kerana dengan hanya mengejar cita-cita politik dia sanggup manipulasi isu membela pemberontak dan penjenayah yang menjadi sampah masyarakat demi meraih imbuhan politik. Contohnya boleh dibaca pada pautan ini dan bila dicabar tangani tahu pula takut mati katak baca sini.

Dari itu dimana kelayakannya untuk meneraju masyarakat dan apatah lagi untuk mengajar baik dan buruk terhadap rakyat Sarawak? Sesungguhnya rakyat Sarawak sedar PKR dan Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim hanya mahukan kuasa dan setelah mendapat kuasa tanggungjawap dan kebajikan rakyat diabaikan. Jadi dimana kredibiliti PKR untuk datang mengajar rakyat Sarawak mengikut acuan budaya fitnah mereka, sehingga sanggup mengabaikan perpaduan dan kesejahteraan rakyat?

Kalau rasa hendak saman, saman jelah ada orang Sarawak peduli tetapi tak perlu memutar belit fakta yang rakyat Sarawak yakini.


No comments:

Isu Terkini

get this widget here