Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 8 April 2014

Nik Abduh Rupanya Takut Tuntut Konsisten Hudud Di Kalangan Pakatan Rakyat


Masih tertanya-tanya dimana keupayaan PAS diketika ini untuk laksanakan Hudud. UMNO telah suarakan kepada Pas bentangkan draf undang-undang hudud untuk dibentangkan di Parlimen jika benar-benar mahu menyaksikan satu perubahan besar dalam pelaksanaan undang- undang Islam di negara ini. Tiada siapapun dikalangan UMNO membantah.

Kecuali Karpal Singh menentang sekeras-kerasnya. Malah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim atau mana-mana Pakatan Rakyat tidak berani menegur Karpal untuk benarkan cita-cita PAS untuk jayakan Hudud.

Dari sini Kita boleh tengok sama ada mereka (pembangkang) benar- benar mahu melaksanakannya atau sekadar menjadikan sebagai modal politik menjelang pilihan raya. Tetapi sekali lagi berlaku berdolak dalih apabila Nik Abduh hanya berani suarakan prihal konsisten UMNO sedang melalui Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa sekiranya Kelantan bersedia laksanakan hukum hudud, Kerajaan Pusat juga bersedia bersama-sama, tetapi perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Jadi Konsisten apa lagi yang Nik Abduh mahu atau Nik Abduh pecah kepala memikir macammana hendak pusing cerita, disebabkan tertekan dengan kenyataan Karpal yang terlampau lantang menentang?

Dengan peluang dari UMNO yang bersedia mendengar keperluan melaksanakan undang-undang berteraskan Islam malah komitmen itu dinyatakan dengan tegas serta diulangi Jamil Khir di parlimen baru- baru ini. Kenyataan beliau (Jamil Khir) amat jelas bahawa kerajaan tidak pernah menolak hukum hudud sebagai hukuman ALLAH. Cuma dari pelaksanaannya ia memerlukan sokongan semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik.

Sepatutnya Nik Abduh bertemu dengan semua orang islam dalam PKR untuk bersama-sama dengan PAS membentang draf Hudud di Parlimen. Tetapi persoalannya bila masa Anwar bersetuju dalam soal hudud.

Tetapi mungkin PAS sertai UMNO untuk jaya Hudud... Ops minta maaf PAS kan lebih rela jadi tali barut DAP dan lupakan hudud, dengan hanya disebabkan dendam. Jika kenyataan ini salah beranikah PAS beralih arah bersama UMNO demi menjayakan Hudud?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here