Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 9 April 2014

#Video Tergamak Haji Hadi Memperlekeh Dan Mempolitikan #SelawatPerdana


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu ucapannya di Pekan Kupang, Baling Kedah, Sabtu lepas menyelar tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang menganjurkan Program Malam Cinta Rasul yang berlangsung di Baling pada 04 April lepas dengan menyifatkan program tersebut adalah sia-sia jika kerajaan Umno tidak ikhlas dalam menganjurkan program tersebut.

Beliau menegaskan bahawa PAS lebih prihatin serta lebih komited kepada kebajikan rakyat dan bukannya menganjurkan program agama semata-mata jika hendak dibandingkan dengan Umno.

''PAS tidak bermusim dalam menunjukkan sayang kepada nabi sebaliknya membuktikan sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan meneruskan perjuangan nabi menegakkan Islam'' ujarnya. Beliau juga berkata, mengingati Nabi Muhammad dengan cara menganjurkan program berselawat adalah baik tetapi dalam masa yang sama mesti membuktikan kasih sayang kepada nabi.

Menurut beliau lagi, kerajaan seolah-olah tidak memahami derita rakyat sebaliknya hanya mampu menganjurkan program agama sedemikian. "PAS cinta pada nabi. Nak sehidup semati dengan nabi. Nak berjuang, nak tunjuk ajaran nabi yang ditegakkan oleh nabi. Dengan pengorbanan dan perjuangan. Kita tak main-main. Kita tak bermusim dalam perkara ini''. baca lanjut di sini

Satu persoalan yang harus Haji Hadi jawap, "Berbanding dengan DOA KO BN yang dianjurkan PAS adakah itu cukup Ikhlas dan lebih mendekati Allah". 

Haji Hadi sebenarnya tidak layak untuk pertikaikan amalan baik seperti Selawat Perdana yang bertujuan mendoakan Misteri MH370, mendoakan perpaduan negara dan mendekati dan mencintai Allah dan Rasul. Malah impak selawat perdana menjalinkan perpaduan UMMAH berbanding DOA KO BN yang menghasut rakyat berpecah belah. 

Oleh itu adakah layak orang seperti haji hadi yang pernah mengeluarkan amanat Haji Hadi hingga berlaku pertumpahan darah Memali kerana percaya negara islam itu wujud tetapi akhirnya Haji Hadi kata tidak ada dalam Al Quran. Baca disini dan lihat 6 persoalan yang tidak pernah berani untuk Haji Hadi menjawapnya.


Dan lihat video ini cukup menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku?


Sekarang ini bagaimana layaknya untuk Haji Hadi memperlekehkan Selawat Perdana?

3 comments:

Anonymous said...

Dia dgn amanatnya telah memfitnah ramai umat Islam sbg kufur / munafik, yg mana kesahihannya hanya Allah swt yg tahu. Ramai juga yg dah meninggal dunia. Bgmn dia nak bertaubat. Ajarannya juga telah bnyk menyebabkan umat Islam berpecah belah dan bermusuhan, sehingga sesetghnya memutus silaturrahim sesama keluarga dan saudara.

Anonymous said...

Org ikhlas atau tidak, apa nak sibuk, dia ke yg bagi pahala.

Anonymous said...

Hj hadi ni dengki. Bila nampak UMNO mula jinak dgn Islam dia kutuk dan nak sabotaj srbab nampak ramai yg sokong. Kenapa tok guru kenapa. Tak nak lihat Semangat Islam kembali ke Tok Guru. Atau kita bagi gelaran Maha Tok Guru atau Raja Tok Guru atau Mega Tok Guru atau Kepala Tok Guru atau Tok Guru Perdana.

Isu Terkini

get this widget here