Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 4 May 2014

@CmLimGuanEng Tuduh Haji Abdul Hadi Menipu #Hudud

Siapa sebenarnya yang betul antara mereka berdua ini? Cuba Lihat kenyataan Lim Guan Eng

DAP tidak pernah bersetuju dengan langkah PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan, sebelum atau selepas Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan pada tahun 2008.

Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejutnya dengan dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Majlis Pimpinan PR telah bersetuju dengan hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.

"Ini adalah pertama kali saya dengar DAP bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan oleh PAS.

Pimpinan tertinggi DAP, sama ada Lim Kit Siang atau mendiang Karpal Singh tidak akan bersetuju kerana ia bertentangan dengan perlembangan," katanya.

"Abdul Hadi telah melakukan kesilapan dan mengeluarkan kenyataan yang salah," katanya dalam satu kenyataan di George Town, Ahad.

Abdul Hadi dilaporkan berkata Majlis Pimpinan PR telah bersetuju dengan niat PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Lim berkata PR terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Kadilan Rakyat dan ia beroperasi berdasarkan konsep kesepakatan daripada ketiga-tiga parti itu.
--BERNAMA

Jadi siapa yang sebenarnya betul dalam isu ini?

Adakah Haji Hadi seorang yang bijak berpura-pura? 



No comments:

Isu Terkini

get this widget here