Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 15 May 2014

PAS Semakin Tidak Puas Hati Krisis MB Terengganu Selesai Dalam Masa 48 jam


Itulah PAS bila hati panas baran mereka semakin memuncak. Malah semakin tidak percaya hanya 48 jam segalanya selesai bergitu sahaja. Manalah tidak kempunan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut.

"Kalau dikatakan selesai ianya berpura-pura sahaja sebenarnya tidak selesai lagi. Mungkin yang hendak diselesaikan kenduri kahwin anak Ahmad Said sahaja,"katanya.

Masalah dalaman yang gagal diselesaikan, katanya akan turut menjejaskan kerajaan sehinggakan tidak boleh menumpukan sepenuhnya kepada soal kelancaran dalam pentadbiran.

"Umno di peringkat pusat tidak tahu pergolakan sebenar yang berlaku di dalam Umno Terengganu, sebab itu mereka kata berjaya selesaikan krisis negeri ini dalam masa 48 jam.

"Mungkin bagi Umno, kembalinya Ahmad Said kepada Umno maka selesailah krisis di Terengganu. Krisis ini sebenarnya bukan setakat itu sahaja," katanya kepada Harakahdaily

Maka bermula episod menghina mencaci malah ditambah perentah politik wanglah apalah semua mereka masukan sekali. Inilah PAS masa ini boleh cakap apa sahaja tanpa perlu ada takut fitnah namanya kalau tidak ada bukti yang jelas.

Yang paling menariknya selama ini mereka katakan tidak terhegeh-hegeh hendak memujuk ahli UMNO keluar tetapi hakikatnya merekalah paling laju terpa untuk menghasut. Memang sudah diagak. Bukan tidak berminat tetapi dah berkali-kali dipujuk tidak dapat. Akhirnya mulut tak perlu fikir dosa pahala serbu jer asal terlepas kempunan.

2 comments:

Anonymous said...

Standard Pemimpin munafik memang banyak dalam pas, ITU puak2 yang patut digelar manusia munafik tak sedar Diri.

Anonymous said...

Kebanyakan Pemimpin pr adalah pengarah kilang2 fitnah dia Malaysia.

Isu Terkini

get this widget here