Hah rupa-rupanya hanya sendiwara sahaja Lim Guan Eng mengwar-warkan tiada sekatan terhadap Sambutan Maulidul Rasul apabila semalam Kerajaan PR Pulau Pinang halang sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri
"Saya terkilan apabila kerajaan negeri tolak permohonan untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri Pulau Pinang."
Itu kata yang diungkap Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang melahirkan rasa sedih apabila mengetahui kerajaan negeri menolak permohonan agensi pusat untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri Pulau Pinang.
"Saya reda walaupun penolakan ini dibuat tanpa sebarang alasan spesifik, tetapi tetap terkilan kerana perancangan itu sebenarnya sudah dimaklum lebih awal," katanya.
Katanya, surat penolakan permohonan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri ditandatangani Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan diserahkan kepadanya pada 23 Disember lepas.
"Kita tahu pengarah JHEAIPP hanya menjalankan tugas, dia hanya menerima arahan. Kita juga tidak menyalahkannya," jelasnya.
Reezal yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang memberitahu, pihaknya turut memahami jika kerajaan negeri menolak sebarang majlis perarakan kerana menyifatkan ia tertakluk kepada kebenaran daripada kerajaan negeri itu sendiri.
"Tidak apa kalau (kerajaan negeri) tidak benarkan perarakan kerana itu hak mereka.
"Tetapi bagi saya, perarakan ini sejak dari dulu lagi tidak pernah menimbulkan rasa tidak senang pada semua kaum.
"Saya terkilan apabila perarakan ini dilihat seperti masalah pula apabila kita minta kebenaran melalui surat rasmi namun dibalas dengan surat penolakan. Ia seolah-olah satu aktiviti yang memudaratkan," jelasnya.
Katanya, kerajaan negeri juga tidak akan rugi apa-apa jika membenarkan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri.
"Sebenarnya mereka akan dipandang tinggi kerana membenarkan kita mengadakan sambutan di situ dengan mengenepikan soal politik. Kita pilih Masjid Negeri kerana ia adalah ikon agama Islam di negeri ini," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, sambutan Maulidur Rasul tetap diadakan namun dipindahkan ke Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas.
"Ia masjid yang dibina kerajaan pusat namun kita tidak ada masalah jika ia mahu digunakan untuk kebaikan. Kita tidak akan halang dan tidak pernah menghalang," katanya.
Bagi tempoh 2008 sehingga 2014, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM408.96 juta untuk pembangunan Agama Islam di Pulau Pinang; RM116.22 juta untuk pembinaan masjid serta surau dan RM64.23 juta lagi untuk sekolah-sekolah agama.
Manakala RM127.15 juta pula untuk emolumen guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Takmir, Imam-imam, pentadbir dan penyelaras masjid, RM35juta untuk Kehakiman Syariah dan RM 66.36 juta untuk pembangunan tanah wakaf bagi tujuan meningkatkan ekonomi dan kemudahan perumahan.
Untuk tempoh yang sama, sebanyak 17 buah masjid telah dibina melibatkan peruntukan sebanyak RM79.74 juta dan sejumlah RM23.27 juta lagi bagi tujuan mengimarahkan aktiviti-aktiviti masjid di seluruh Pulau Pinang.
Dalam pada itu, seramai 1,814 orang guru-guru Kafa dan Takmir menerima elaun bulanan RM800 dan 500 orang Imam dengan elaun bulanan RM750 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM22.7 juta pada 2014
3 comments:
1. Elehhhh...ko ingat kalu PAS ker, PKR ker, kalu nak pakai masjid negara buat maulidur rasul, agak2 orang parti ko boleh luluskan ker??? Nak buat kuliah agama pun kena ambik permit la woiii...
2. Kalu bontot ko tu gatal berkudis berkurap, jangan sebok nak intai kudis kat bontot orang lain. Ko garu la kudis ngan kurap kat bontot ko tu dulu. Yang ko sibuk intai kudis bontot orang lain apa hal?
Itu baru perintah Penang. Kalau perintah Malaysia benda sama mereka akan buat. Komunis zahir batin tetap komunis zahir batin. Yang Muslim menyokongnya tu dah dirasuk syaitan. Mereka itu mesti dihabiskan PRU-14 nanti. Muslim-Muslim yang dah dirasuk syaitan tu kena ditawarkan dan disembuhkan dari sekarang.
Ada bukti kata Maulidul Rasul minta permit kena reject ke sebelum ni? Cakap pakai otak sikit, jangan pakai bontot. Pasal parti sanggup kau jual agama? Ni bukan pasal parti dah, ni pasal agama. Kau ni Islam ke apa? Paloi!
Post a Comment