Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 5 January 2015

Hitamnya Hati Salahuddin Ayub PAS Yang hebat Bantu Banjir Agensi Bersabung Nyawa Dihina

Inilah manusia yang tidak tahu membezakan waktu berpolitik dengan waktu menumpukan soal perpaduan menagani dengan jiwa kemanusian dalam hadapi bencana alam.

Kenapa wujud manusia berhati hitam yang jahat sentiasa mencari salah orang tanpa memikir bencana alam itu bukanlah sesuatu yang dapat diramal.

Apakah 2 orang anggota polis yang cedera parah akibat heli terhempas di waktu cuaca yang sukar diramal boleh di terjemahkan mereka gagaal?

Adakah yang juru terbang heli yang 3 4malam tidak tidur menghantar bantuan boleh dianggap gagal bekerja membantu rakyat kelaparan.

Setakat Skuad Tukang masak tunggu bahan dari kerajaan dan terus masak dikatakan lebih hebat berbanding agensi kerajaan yang lain itukah yang Salahuddin yang boleh banggakan sahaja. Sehingga menghina penat lelah orang lain berusaha menghampiri kawasan berbahaya dengan pelbagai ancaman yang boleh meragut nyawa dipandang hina sehinanya oleh mangkaq ayun ini?

"MEDM 'salute' dan mengucapkan terima kasih kepada skuad Dapur Rakyat di semua pusat operasi banjir, mereka yang telah memberikan khidmat yang terbaik. 
"Ternyata skuad tersebut telah menjadi 'trademark' dan dikenali oleh masyarakat khususnya mangsa-mangsa banjir," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah di Dapur Rakyat Kuala Kangsar, semalam. 
Naib Presiden PAS itu menyatakan, ketika beliau melawat semua pusat operasi banjir PAS, Dapur Rakyat telah memainkan peranan mereka dalam membantu mangsa banjir yang ditimpa musibah mendapat keperluan makanan. 
Katanya, tidak kurang sehari sebanyak dua sesi bekalan makanan disalurkan kepada semua mangsa tanpa mengira batasan politik. 
Katanya, kerajaan tidak memainkan peranan serta tanggungjawab mereka dalam soal kebajikan mangsa-mangsa banjir di luar pusat pemindahan. 
Tegas beliau, PAS sangat kecewa apabila kerajaan melalui agensinya gagal memastikan mangsa-mangsa banjir dalam keadaan yang terjaga daripada semua aspek. 
"Tidak kira di pusat pemindahan atau di mana sekali pun, kerajaan pusat melalui agensinya perlu bertanggungjawab membantu menyediakan bantuan makanan mangsa-mangsa banjir. 
"Tak sepatutnya berlaku mangsa banjir dalam keadaan kelaparan, walau bagaimanapun PAS tetap memikirkan aspek terus dengan menubuhkan skuad Dapur Rakyat," jelasnya lagi. Harakah 
Inilah PAS tidak langsung prihatin, langsung tidak ada rasa bersyukur orang datang dari jauh menghadapi pelbagai dugaan yang sukar diduga. Hanya untuk membantu mangsa banjir kelantan yang puncanya kerana kerakusan kerajaan PAS menebang balak tanpa kawalan.

PAS hatinya hitam mereka yang rakus kerosakan dan kemusnahan yang berjuta orang lain kena tangung itupun tidak tahu bersyukur. Sekurang-kurang ucaplah terima kasih tiada sesiapa pun mintak barang sesenpun dari pokeknya. Itupun tidak boleh ke?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here