Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 31 January 2015

Memalukan Jaguh Ayam Laga DAP Lim Guan Eng Lari Mengelak Mustafa Ali Dari Berdebat

Mana jaguh ayam laga DAP CM Lim Guan Eng sudah lari bersembunyi dibelakang barua-barua DAP. Takut berdebat dengan Stopa..

Lim Guan Eng bukan sahaja takut malah dia turut melarikan diri dari menjawap soalan dari wartawan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus menamatkan sidang akhbar apabila para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai setiausaha agung DAP terhadap cabaran PAS agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT). 
Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan Cafe Sains Pulau Pinang. 
Pemberita beberapa kali meminta Lim memberi responsnya terhadap cabaran setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang isu pilihan raya PBT, tetapi Lim mengulangi kata-kata 'ada soalan lain tak?' 
Apabila pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Lim menamatkan sidang akhbar itu dengan ucapan 'terima kasih'. Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). 
Mustafa dilaporkan mencabar Lim berdebat tentang isu pilihan raya PBT. Rabu lepas, pemimpin PAS itu menyelar Lim kerana didakwa berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau tidak berkata demikian. 
Sebelum itu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan lagi jurang ekonomi antara golongan berada dan tidak berada serta boleh mencetuskan pergaduhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969. 
Pada khamis, setiausaha penganjur DAP Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan yang mempersoal sama ada Mustafa cuba membakar jambatan yang menghubungkan PAS dan DAP apabila beliau mencabar Lim untuk berdebat. 
Beliau berkata cabaran Mustafa itu sama seperti melayan DAP sebagai musuh politik dan mendakwa Mustafa tidak pernah bertindak demikian terhadap Umno yang menjadi musuh politik PAS. 
Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.
Nampak sangat Guan Eng kaki pembohong kalau tak masakan cabut lari..

1 comment:

Abd Rahman said...

Dia bukan penakut. Dia bacul. Bayangkan kalau Datuk Najib yang kata "Terima kasih!" dan tinggalkan sidang media spt yg LGE lakukan....

Isu Terkini

get this widget here