Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 24 March 2012

Amalan Anwar Makan Diri! Makan Hati!!


Datuk Sri Najib sudah tidak mempedulikan lagi apa jua serangan dan tomahan dari Pakatan Haram terhadap dirinya. DS Najib nampak lebih yakin meneruskan Tranformasi Kebajikan Rakyat setelah momentum rakyat semakin meningkat baik, hasil dari amalan bertemu dan membantu rakyat.

Situasi ini menyebabkan Pakatan Haram mula tidak keruan memikirkan apa lagi bentuk serangan yang patut dilakukan terhadap DS Najib. Selama ini Paktan Haram selalu turun padang bertemu rakyat hanya sekadar menjaja cerita sensasi berbentuk fitnah atau cuba memecah belahkan perpaduan rakyat. Berbeza pula dengan DS Najib yang ikhlas turun padang bagi menyelami permasalahan rakyat untuk disalurkan bantuan memenuhi kehendak rakyat.

Makin ramai rakyat kian sedar dan mula meluahkan rasa keyakinan terhadap DS Najib. Janji-janji DS Najib ditunaikan serentak tampa menangguhkan apa-apa janji pada satu masa yang lama. Berbeza pula dengan Anwar yang janji-janjinya seringkali dimungkiri secara terang-terang. Intulah perbezaaan dua watak antara DS Najib dan Anwar yang membuat rakyat semakin ramai yang berasa serik mempercayai Pakatan Haram.

Anwar sudah terlupa yang rakyat sudah letih mendengar caci maki Pakatan Haram yang sekadar sedap didengar tetapi dari segi pelaksanaan Pakatan Haram gagal menunaikan janji-janji mereka semasa PRU12. Adakah rakyat masih lagi berharap dengan Pakatan Haram! rasanya Anwar tahu jawapannya Tidak!! Sebab itu semakin giat mereka reka cipta bentuk perang piskologi untuk meruntuhkan semangat jentera-jentera UMNO-BN. Sayang sekali buat Anwar dan kuncu-kuncunya sudah terlewat untuk menyuntik racun, kerana jentera-jentera UMNO-BN sudah lali dengan racun ciptaan Pakatan Haram. Nanti kita talqin ramai-ramai buat Pakatan Haram.  


No comments:

Isu Terkini

get this widget here