Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 24 March 2012

Barisan Kepimpinan Pemuda BN Sarawak Bakal Menggegarkan Pakatan Haram

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Datuk Fadillah berterima kasih kepada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (Ketua Menteri) selaku Presiden parti yang memberi ruang dan peluang kepada barisan pemuda pada Pilihan Raya Negeri lepas. Beliau berazam akan meneruskan dengan pertambahan calon muda mengisi barisan kepimpinan BN Sarawak walaupun jumlahnya belum ditentukan.

Ini membuktikan semangat BN Sarawak tidak penah mengetepikan generasi baru sebagai pelapis di masa hadapan. BN Sarawak telah bersedia untuk menghadapi PRU13 bila-bila masa, apatah keadaan Pakatan Haram di Sarawak dilihat gagal untuk membawa menyeberangkan isu dari Semenanjung untuk dipergunakan sebagai isu menghasut rakyat Sarawak.

Pakatan haram juga kelihatan lemah untuk memperngaruhi rakyat luar bandar dengan memainkan isu kos sara hidup. Kegagalan ini kerana Pakatan Rakyat kurang peka perbezaan dan keperluan antara penduduk luar bandar Sarawak dengan Semenanjung. Keadaan propaganda Pakatan Haram semakin sukar diwayangkan setelah DS Najib sering datang turun padang menyelami rakyat Sarawak, dalam berberapa siri Tranformasi Kebajikan Rakyat, yang telah sampai sepenuhnya kepada rakyat. Keseluruhan meliputi Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan  E Kasih yang sedang giat digerakan di kawasan luar bandar untuk meneliti keperluan sebenar yang perlu disalurkan dengan tepat dan seberapa segera.

YB Datuk Fadillah juga telah menggerakan Armada Permuda dari program dibawah Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Program berkenaan akan dijalankan di 10 zon bermula dari Kuching hingga ke Lawas dalam usaha menggiatkan penglibatan pemimpin muda untuk turun padang. Inlah dari kesinambungan kesungguh DS Najib, BN Sarawak tidak akan membiarkan hanya DS Najib sahaja berjuang, sebaliknya bersama menjayakan keseluruhan program bersatu dengan pusat bagi menjaminkan kemenangan mutlak BN di Malaysia. Pendekatan yang digunakan itu juga akan membolehkan Pemuda PBB lebih memahami kehendak rakyat secara mendalam. Merangkumi pengisian program merangkumi khidmat masyarakat, rekreasi, sumbangan dan pendidikan.

YB Datuk Fadillah juga turut memandang serius dengan isu Lynas yang mana akan di adakan sesi khas pendengaran awam bagi mengkaji sebelum dibawa ke Parlimen. Kerana semua pemimpin BN menitik berat isu keselamatan rakyat yang menjadi keutamaan melebihi yang lain-lain.

Situasi kesungguhan BN Sarawak tidak memberi ruang kepada Pakatan haram mengimpikan Putrajaya. Apa-apa BN Sarawak tidak mengambil kedudukan selesa berdasar situasi semasa, yang penting kerja tetap kerja sehingga berjaya. Insyaallah.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here