Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday, 8 April 2012

5000 Golongan Agama/Qaryah Bersedia Berjuang Bersama Najib

Tidak semua orang bijak pandai Agama bersetuju dengan cara perjalanan PAS yang dilihat semakin tergeincir matalamat sebenar penubuhan mereka. Kalau mengikut asalnya banyak pihak mempercayai PAS mengerakan Islam melalui pemurnian akidah dan tauhid dan panggilan untuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dengan kumpulan siasah.
Tapi itu semua bunyi seruan di atas pentas-pentas ceramah sambil memasukan elemen fitnah, tomahan dan menghalalkan segala salah laku mana-mana pemimpin dari Pakatan Haram demi matalamat ke Putrajaya. Inilah menyebabkan ramai golongan bijak pandai agama mula mempersoalkan sifat sebenar PAS.

Kerjayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa di Perhimpunan Warga Agama/Qaryah. Telah berjaya menarik 5,000 warga agama yang dilihat bersedia untuk turut serta memberi komited bersama-sama dengan kerajaan dalam memperjuangkan agenda transformasi negara. Merupakan pertanda positif kepada negara. Ini membuktikan semakin ramai yang sedar kepalsuan dalam PAS.

Pembutian ini bukannya satu mitos rekaan tapi hakikatnya takdir kejadian pemecatan Hasan Ali telah memberi kesan impak yang besar perubahan dan kecenderungan bijak pandai agama menaruh rasa curiga dengan PAS. Apatah kalau dinilai dari siri-siri keputusan Majlis Syura Ulama bercanggah melampaui batas akidah, syariat dan rukun. Padahal Majlis itu sepatut membimbing PAS menghindarinya.

  • Menghalalkan Seksuliti Merdeka dengan menuntut golongan seks bebas. 
  • Menghalalkan khalimah Allah dipergunakan pihak gereja dalam bentuk triniti. 
  • Menghalalkan gejala murtad. 
  • Lupuskan Hukum Hudud dari buku Jinggay 
  • Lupuskan Negara Islam dari perjuangan kerana tiada dalam Al-Quran 
  • Menghalalkan tanah wakaf dijual dan dimiliki mereka. 
  • Ketuai apa jua penghimpunan haram yang dipimpin kafir harbi untuk menentang kerajaan islam. 
  • Bersepakat dengan kafir harbi memerangi perhimpunan bersama umat islam. 
  • Memperngaruhi umat islam ini untuk mendukung keselamatan Israel. 
  • Berlajar memahami hubungan dengan Yahudi dalam penyerapan kematangan PAS. 
  • Buka pintu syurga untuk penyokong Pakatan Haram
Perubahan golongan bijak pandai agama akan membantu Malaysia mencatat sejarah menjadi negara Islam pertama di dunia mencapai status negara maju. DS Najib Razak menaruh harapan sangat tinggi bahawa dengan berbekalkan semangat kuat yang ada pada golongan agama, hasrat itu mampu direalisasikan.

“Saya ada satu impian…biarlah kita (Malaysia) mencatat sejarah sebagai negara Islam yang pertama di dunia mencapai status negara maju,” katanya semasa berucap pada majlis Wilayah Persekutuan bersama Perdana Menteri di Perhimpunan Warga Agama/Qaryah. DS Najib Razak
Apa yang pasti ini pertanda baik buat rakyat Malaysia dalam mencapai status negara maju, golongan agama juga akan turut maju sekaligus membolehkan kerajaan berupaya menyalurkan peruntukan lebih tinggi untuk terus memperkasakan dan memartabatkan agenda Islam dan secara tidak langsung dapat membantu kerajaan mentadbir negara dengan baik dan dapat menentukan perkembangan negara ke arah lebih positif.

Siapa yang mendapat pulangan keuntungan kalau bukan rakyat berbanding kita menyerah nasib secara membabi-buta kepada golongan Paktan Haram yang kita sering mempersoalkan status akhlak tungak kepimpinan mereka seperti Anwar dan kaitan antara Pakatan Haram dengan kuasa luar seperti Yahudi.

Gagasan 1Malaysia diperkenalkan, ia tidak lari daripada prinsip Islam kerana salah satu sendi dan nilai utama yang disebutkan ialah nilai Wasatiyyah atau kesederhanaan.

“Nilai kesederhanaan itu bukan bermaksud lebih kurang, bukan bermaksud sambil lewa…tetapi bermaksud melakukan yang terbanyak tetapi ada penyeimbangan dari segi spiritual dan material,” DS Najib Razak. Beliau berkata dengan nilai kesederhanaan itu, bukan sahaja dapat membentuk negara yang baik tetapi juga dapat memperjuangkan satu ummah di samping hubungan baik dengan penganut agama lain turut dapat dipelihara.
Syukur Alhamdulillah akhirnya kebenaran muncul jua, Insyaallah kemenang ditangan UMNO BN pada PRU13.

1 comment:

Anonymous said...

Golongan ynag masih bersekongkol dengan PAS adalah kerana ada habuan yang hendak dikaut. Mereka pun tahu bahawa PAS hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik. Begitu juga kerjsama PAS dengan DAP dan PKR. Ada kepentingan untuk menjadi senang dan kaya. Diharap Allah akan memberi petunjuk kepada mereka.

Isu Terkini

get this widget here