Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 9 April 2012

Anwar Sudah Bankrap!

Apa dah jadi dengan Anwar Ibrahim yang tengah sakit-sakit kepala yang tidak ada panadol mujarap lagi. Anwar sudah bankrap, mohon batuan segera wahai kadam-kadam yang setia. Dalam hendak memohon bantuan kadam-kadam tengah berperang sesama sendiri. Dah!! sudah semakin sakitlah kepala bapak Anwar Ibrahim. Akar Umbi PAS sendiri sudah ramai menghindari Anwar yang penuh tanda was-was isu moral dan akhlak, dan yang tinggal hanya puak-puak DAP yang semestinya ada sesuatu yang disembunyikan agendanya.

Sakitnya Anwar! bukan alang-alang lebih sakit dari pada hendak mencari jam omega yang menjeratnya dalam video Chinadoll, lebih kantoi dalam kenyataan membela Keselamatan Israel!! Hendak harap perasit dalam PAS pun bukannya jenis pandai sangat dalam hal memenuhi tangungjawap kepada rakyat. Mereka jenis pandai kutuk mengutuk, bawa cerita fitnah dan jatuh sesiapa sahaja dan kemahiran asas hanya tahu kaunseling bini orang, jam 2 pagi dalam bilik hotel mewah. Bab itu Anwar lagi power!!

Kali ini betul-betul membuatkan Anwar bankrap idea untuk mencari jalan bagaimana untuk memenangi PRU13. Semuanya berpuca dari setiap rancangan jahat mereka terbongkar satu demi satu. rujuk isu lepas.

Dicampur lagi isu rakan Pakatan Haram antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dalam isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak termasuk cerita-cerita berebut kerusi di Kedah. DAP pun sudah ada calon melayu sebagai jaminan ada MB dari DAP dan tunggu sajalah semuanya bakal melatup.

Inilah membuktikan bahawa perjuangan Pakatan Haram bukannya berlandaskan kepentingan rakyat tapi sebok memikir siapa dapat bahagian yang banyak. Sudah macam cerita penyamun membahagikan harta rampasan, yang langsung tidak ada sepakat. Silap-silap ada lagi cerita kerusi terbang nanti. Yelah bab cerita kerusi terbang memang sinonim dengan Pakatan Haram.

Bergitu juga hendak serangan isu ekonomi negara, punyalah banyak idea sampai mampu sediakan wang berjumlah trilion bukan suatu yang mustahil buat mereka. Yelah untuk apa sahaja janji-janji buku Jingay terbaru mereka termasuk janji PTPTN. Tapi yang dok hairan sangat dekat Selangor hendak cari dana tambahan untuk memberi air free Selangor separuh mati siap kena saman dan berhutang berjuta-juta tak terbayar. Malah sampah Selangor sampai sekarang masih berlambak kawasan tidak terurus. Apa ceritanya kalau pasal sampah bertahun tidak boleh selesai jangan mimpilah rakyat hendak harap merialisasi janji-janji bulan bintang buku Jingay mereka itu.

Tapi biasalah kalau jenis Anwar tidak bercakap besar, bukan Anwar namanya! Anwar mungkin lupa yang memenangkan Pakatan Haram hingga terawannya Selangor adalah dari pengundi atas pagar, tapi beranikah Anwar menceritakan apa yang selama telah berjaya mereka lakukan untuk penambahbaikan Selangor. Dimana hilangnya janji-janji mereka?
Janji-Janji Selangor Yang Hilang
* Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
* Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nursery.
* Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama.
* Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.
* Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti.
* Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor.
* Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga.
* Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia.
* Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda.
Bukankah janji diatas memerlukan dana. Untuk mencari dana bagi janji-janji di ataspun tak mampu, hendak laksanakan PTPTN lagi. Mampus bungkus Petronas dikerjakan mereka kalau benar-benar dirembat duit Petronas untuk tunaikan janji mereka. Apa rakyat Malaysia hendak hidup sehari dua je ke! 

Lepas itu dengan cara apa Anwar hendak penuhi tabung kerajaan balik? Naik cukai lagikah, sebab semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dulu, dialah pemengang rekod bunga bank tertinggi di Malaysia dan tidak mustahil dia bakal menaikan kadar cukai paling tinggi kerana cara itu sahaja yang dia pandai. Silap-silap semua benda hendak pajak dengan IMF. Sebab sistem Selangor cari duit dengan cara paksaaan. Iaitu naikan kadar sewa KBKNS, Jika pada 2011 dari PERCUMA dinaikkan kepada RM1, 977.00 sebulan, tetapi kini dinaikkan lagi sehingga RM6, 180.00 sebulan. Sebab hendak halau penyewa dan membolehkan dijual. Itulah cara yang Penasihat Seringgit Anwar pandai cadangkan untuk penuhi tabung kewangan Selangor. Itu satu contoh sahaja dan berlambak lagi kes lain.

Itulah pertanda nasib malang yang melekat dengan Pakatan Haram. Itulah yang membuat Anwar bankrap idea sekarang ini, dan cara terakhir huru-harakan negara dengan hipunan Hijau dan Bersih. Inilah alasan menjayakan himpunan haram dari Pakatan Haram. Rujuk sini. Pecah Kepala Mikir kalau dilayan sangat sifat penting diri Pakatan Haram ini. Tinggalkan sahaja dari memudaratkan negara,

1 comment:

Anonymous said...

Kesian tepaksa jd pnulis upahan biarpun tahu sgala khaprakan umporno..dgn habuan ribuan rm sbulan buat mngisi prut ank bini..
Ksian mkn duit haram jadah..dah xda modal nk hentam anwar..anwar trus mara..dah kcut prut,mulalah operasi mnipu dlm pru..mcm biasa..
Blawan lah scara gentlmen kalu kita rasa btul..ni dok gadai negara bg ic kat warga asing..apa punya binatang punya kerja nih..

Isu Terkini

get this widget here