Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 3 May 2012

Haji Hadi Usul Pinda Islam Perlembagaan Persekutuan Kerana Anwar Dan Ambiga

Apa yang sedang Haji Hadi lakukan hingga tergamak mengeluarkan kenyataan untuk meminda Pelembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan kepada Islam sebagai 'addin'. Apa yang sebenarnya bermain dibenak Haji Hadi hingga tergamak mengkhianati apa yang diperjuangkan oleh PAS berasaskan Islam selama ini.

Semata-mata untuk menunjukan kesediaan  PAS akan berbuat apa sahaja demi menunjukan kesetiaan kepada Pakatan Rakyat. Itukah yang difikirkan Majlis Ulama PAS hingga menghalalkan Haji Hadi mengeluarkan kenyataan sedemikian? Berbaloikah kita berpolitik hingga sanggup mengadaikan apa yang kita sepatutnya pertahankan demi mengekalkan status negara Islam ini?

Ini bukan kali pertama Haji Hadi berbuat sedemikian ketika saat-saat hampirnya pilihanraya umum. jika menyingkap kembali laporan sebuah akhbar (15 September 1985), PAS membuat aku janji dengan kaum Cina Terangganu pada 14 September 1985, untuk menghapuskan Hak Istimewa Melayu jika PAS berkuasa. Malah pilihanraya tahun 2004. Haji Hadi Awang berjanji memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala PAS 2004. Adakah ini tidak cukup mengambarkan PAS sekarang terlampau mementing peluang kemenangan dari menunaikan tangungjawap sebagai umat islam terhadap negara islam Malaysia yang satu-satunya meletakan agama Islam sebagai agama persekutuan. Sekarang Haji Hadi Pinda Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan Kerana Termakan Hasutan Anwar Dan Ambiga 

Jangan kerana Anwar dan Ambiga memberi janji-janji peluang berkuasa, sanggup Haji Hadi mengkhianati bangsa dan agama sendiri. PAS sekarang telah terlampau jauh menyimpang sehingga menubuh satu unit PAS yang terlibat dengan Bersih 3.0 diterapkan menjadi satu Unit Pramilatari PAS, dan dengan sengaja memulakan rempuhan sekatan polis yang bertugas di Dataran Merdeka. Apakah tujuan mereka kalau bukan untuk mencetuskan huru-hara? Bergitu juga dengan pengawal-pengawal PAS bergitu setia dan teguh mengawasi keselamatan Ambiga ketika Bersih 3.0 lepas. Bukankah Ambiga sedang berusaha memecahbelah umat islam negara ini semata-mata mendapat arahan kuasa-kuasa asing yang memberi dana untuk menjatuhkan pemerintahan islam negara ini? Kenapa mesti bersubahat dengan orang-orang yang mahu menjatuhkan negara Islam. 

Apa sangat yang menarik dengan Anwar yang punyai barisan talibarut anak-beranak yang penuh dengan isu-isu salah laku dan moral yang sumbang. Sikap Haji Hadi mahupun Nik Aziz termasuk Majlis Ulama PAS nampaknya bergitu teruja mengimpikan Putrajaya sehingga sanggup menceroboh peruntukan mengenai Islam sebagai agama bagi Persekutuan yang sepatutnya tidak boleh dipinda dan disentuh. Kerana ia adalah perjanjian kontrak sosial yang masih kita miliki untuk menjadikan agama Islam adalah agama resmi. Jangan fikir kaum DAP ikhlas sangat dengan kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat. PAS terlampau mengutamakan nafsu dari tangungjawap sebenarnya
Sekarang sudah semakin banyak membuktikan PAS semakin menyimpang. Boleh dilihat dari isu Khalimah Allah, isu Murtad, Isu Status Negara Islam yang semakin menampakan kebenaran ada usaha menjadikan Republik Malaysia? 
  • Republik menolak sistem raja berdaulat.
  • Republik menolak raja berperlembagaan.
  • Republik menolak sistem monarki.
  • Republik membawa konsep presiden dan bukannya perdana menteri.
  • Republik membolehkan bukan Islam menjadi presiden
  • Republik dapat menyekat bermacam-macam cara untuk menghalang perkembangan islam di negara ini.
  • Republik boleh membenarkan gejala kebebasan agama yang lebih jauh dan mampu meningkatkan gejala murtad tampa sekatan
  • Republik boleh menghapuskan Mahkamah Syariah dengan menjadikan kepada satu persatuan tampa kuasa bertindak.
Haji Hadi Pinda Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan Kerana Termakan Hasutan Anwar Dan Ambiga  Adakah kita perlu membiarkan bergitu sahaja sehingga semuanya hilang?

1 comment:

Anonymous said...

tak tahu lah apa dia nak lagi?..nak kata tak paham..entah la dorang ni..bila kerajaan buat baik..bertepatan dgn agama..cari juga salahnya..saja nak main dgn istilah..biar je dia main dgn kata-kata dia..kerajaan dah jauh tinggalkan dorang dlm tindakan..dorang ni saja ja nak cari salah untuk membantutkan usaha kerajaan..bukannya nak bantu.

Isu Terkini

get this widget here