Kenapa Guan Eng begitu terdesak hingga dengan sengaja mengapi-apikan kaum India dengan 'Sekiranya UMNO kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam'. Ini semua kerana dosa-dosa lampau Pakatan Rakyat mengkhianati kaum India setelah merampas pemerintahan Pulau Pinang. Saksikan kedua-dua video ini.
"Kita rasa kadang-kadang amat jelik dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sengaja apabila melihat kaum-kaum India mula menyokong Barisan Nasional (BN) khususnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, dia sengaja bawakan isu-isu perkauman.
"Sehinggakan di dalam Dewan Undangan Negeri baru-baru ini... (dia) sengaja untuk membakarkan satu semangat perkauman yang berbau hasutan menyatakan bahawa apabila UMNO memerintah banyak kuil-kuil akan terancam dan sebagainya," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online di sini.
Katanya, tindakan Guan Eng adalah sesuatu yang harus diambil tindakan kerana orang yang seperti Lim Guan Eng ini adalah orang yang sengaja mendapatkan kejayaan melalui memainkan isu-isu yang berunsur perkauman dan sebagainya.
"Saya sendiri berbahas di dalam dewan (DUN) dengan menyatakan bahawa UMNO terutamanya dalam kawasan saya, begitu banyak kuil yang kita perjuangkan termasuk saya sendiri pernah mempertahankan kuil yang hendak dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan sebagainya," katanya.
Sebelum ini, Guan Eng telah mencelah ucapan perbahawan usul Tanasekharan Audherapady (DAP-Bagan Dalam) dengan menyatakan bahawa 'Sekiranya UMNO kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam'.
Kenyataan Guan Eng ini telah menyebabkan kesemua 11 ADUN (BN) bertindak keluar dewan sebagai membantah kenyataan Guan Eng yang disifatkan menghasut dan berbaur perkauman.
"Jadi, kita berpendapat bukan sahaja Lim Guan Eng ini bersikap perkauman tetapi sehinggakan Speaker juga bersikap tidak adil apabila kita kalau mengikut 'standing order' mengusulkan satu usul mengikut apa yang telah tercatit iaitu seorang cadang dan 10 orang menyokong telahpun kita patuhi tetapi Speaker tidak memberi peluang untuk kita berbahas.
"Dan ini adalah sesuatu yang tidak adil yang menunjukkan sikap berat sebelah Speaker yang sengaja ingin menyokong dan bersubahat dengan Guan Eng dan kita merasa amat kecewa sebab itulah pada hari persidangan tersebut ke 11 kami ADUN-ADUN (BN) keluar dewan kerana membantah sikap dan perkataan yang menghasut yang dibawa oleh Lim Guan Eng iatu seorang ketua Menteri yang perkauman," jelasnya lagi.
No comments:
Post a Comment