Saifuddin Nasution tidak punyai sifat tanggungjawap kepada kepentingan negara, kerana telah menyalah guna identiti Wan Ahmad Bin Wan Omar untuk politik kotor Pakatan Rakyat menyerang SPR. Penipuan ini dihalalkan semata untuk menyerang pengerusi Datuk Wan Ahmad Bin Wan Omar, yang kebetulan sama nama.
Wahal yang dipergunakan Saifuddin adalah seorang peniaga kedai makan, tetapi Saifuddin telah mencuri identitinya untuk dikaitkan dalam cubaan menyerang intergriti SPR dan memaksa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar meletak jawatan.
Ini adalah satu perbuatan khianat yang tidak dapat dimaafkan kerana mengganggu-gugat keamanan negara. Saifuddin sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang kerana cubaan mensabotaj integriti negara ini kursusnya SPR. Tindakan Saifuddin juga boleh membangkit rasa tidak puas hati rakyat terutama semasa PRU13. Tidak mustahil ini akan menjadi satu punca pergaduhan dan rusuhan menjelang PRU13 nanti.
Mengapa Saya Dikatakan Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad
Ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor, Wan Ahmad bin Wan Omar mengecam tindakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggunakan identiti beliau sehingga dikaitkan sebagai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar.
Peniaga kedai makan berusia 63 tahun itu kesal dengan tindakan tanpa usul periksa parti itu yang menggunakan maklumat peribadi dari kad pengenalannya untuk mendesak Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan.
Wan Ahmad berkata nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 telah digunakan oleh Saifuddin untuk dimuatkan kedalam kenyataan media PKR yang dikeluarkan pada 27 April lalu.
Sambil menegaskan tindakan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, beliau melahirkan rasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh sebagai ahli UMNO atas dasar nama yang sama dengannya.
"Sebenarnya, ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor itu adalah saya dan nombor kad pengenalan itu milik saya," kata Wan Ahmad. :- KLPOS
1 comment:
Malunya Saifuddin..
NURUL IZZAH: PENGUNDI LUAR NEGARA LEBIH PENTING DARI PENGUNDI DLM NEGARA? Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment