Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 28 September 2012

Biar Betul ! Khalid Ibrahim Puasa 4 Tahun Demi Anwar

Biar Betul ! Khalid Ibrahim Puasa 4 Tahun Demi Anwar PecahPalakMikir kalau betul-betul berlaku semata-mata demi Anwar Ibrahim. Macam dua beradik la pulak berbin yang samakan!

Benarkah Khalid Ibrahim Puasa 4 Tahun, Guna Gaji Beli Bas Mewah PKR

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dinasihatkan supaya mengambil cuti daripada jawatan tersebut sekiranya didapati wujudnya penyelewengan dalam soal pembelian atau penyewaan Bas Mewah PKR.


Hari ini, beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi menyiasat sekiranya wujud unsur-unsur penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri terbabit.

Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin ketika ditemui memberitahu wujudnya kekeliruan di kalangan rakyat susulan tindakan PKR menyewa sebuah Bas Mewah yang didaftarkan atas nama pemimpin tertinggi negeri Selangor.

“Pada hari ini, GAPS bersama beberapa NGO lain buat laporan polis kerana kita mengsyaki adanya penyelewangan dalam soal pemilikan, pembelian dan penyewaan Bas Mewah PKR yang dimiliki oleh Khalid.

“Sebelum ini beliau sendiri telah mengaku bahaw bas itu adalah milik beliau… beliau sendiri juga telah mengaku bahawa bas itu telah disewakan kapada PKR untuk tujuan pilihanraya.


“Cuma rakyat ingin bertanya mengenai bas mewah itu yang berharga RM 900,000….rakyat ingin bertanya dari mana MB dapat duit untuk beli bas?,” soalnya.

Beliau menambah, difahamkan gaji Khalid sebagai Menteri Besar Selangor adalah kira-kira RM20,000 sebulan.

Justeru, sekiranya beliau membeli bas berkenaan menggunakan wang gaji yang diterima setiap bulan maka Khalid telah mengikat perut atau berpuasa selama empat tahun bagi mengumpulkan dana RM900,000 itu.

“Kalau alasan Khalid kononnya dia beli Bas Mewah itu berdasarkan pinjaman bank tetapi pemeriksaan kita telah dapati bahawa beliau telah disenaraihitamkan oleh institusi kewangan.

“Beliau (Khalid) mempunyai pinjaman sebanyak RM60 juta di Bank Islam dan disaman di mahkamah.

“Jadi, saya tak fikir ada mana-mana institusi kewangan yang sanggup untuk meminjamkan RM900,000 kepada Khalid semata-mata untuk pembelian bas,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan tersebut di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam petang tadi.

Sehubungan itu katanya, laporan polis tersebut dibuat bagi merungkai perkara sebenar iaitu sama ada wujudnya penyelewengan wang rakyat Selangor dalam pembelian Bas Mewah itu atau tidak.

Malah Hamidzum menambah, jalan terbaik yang harus Khalid lakukan adalah dengan menerangkan kepada rakyat perkara sebenar tentang dari mana datangnya sumber-sumber kewangan hingga membolehkan beliau membeli bas dengan kos yang sebegitu tinggi.

“Kita tidak mahu Khalid gunakan wang rakyat Selangor bagi tujuan kepentingan politik parti.

“Jadi melalui laporan ini, sekiranya didapati sememangnya wujud unsur-unsur penyelewengan dalam urusan pembelian bas tersebut maka kita nasihatkan Khalid supaya bercuti sekurang-kurangnya sepanjang kes disiasat dalam tempoh 3 atau 4 bulan,” katanya.

Empat buah pertubuhan telah terlibat dalam laporan polis tersebut dan kumpulan yang sama akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu hadapan.

PecahPalakMikir
Biar Betul ! Khalid Ibrahim Puasa 4 Tahun Demi Anwar PecahPalakMikir kalau betul-betul berlaku semata-mata demi Anwar Ibrahim. Macam dua beradik la pulak berbin yang samakan! Jadi tidak hairanlah kesetiannya melampau-lampau jauhnya. Ish! Ish! Macam tidak percaya Biar Betul ! Khalid Ibrahim Puasa 4 Tahun Demi Anwar PecahPalakMikir kalau betul-betul berlaku semata-mata demi Anwar Ibrahim. Macam dua beradik la pulak berbin yang samakan!

No comments:

Isu Terkini

get this widget here