Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 25 September 2012

Pecabulan DAP Yang Dihalalkan Anwar Ibrahim



Anwar terlampau sebok dan teramat sebok dengan gaya meminjam jet peribadi. Katanya milik kawan, emm!! kawan tolong kerana suka-suka ye! Susah nak jumpa orang beri pinjam jet macam pinjam kereta, Kalau dipinjamkan kereta kurang-kurang ada juga imbal balas tetapi kalau pinjam jet peribadi free ini memang mushkil betul kalau bagi free sahaja.

Berbalik kepada isu asal inilah Anwar terlampau sebok sampai menghalalkan pencabulan DAP, Kerusi Dan Jawatan Lebih Penting, Pemimpin DAP Tidak Sensitif Hina Islam.

Kuala Lumpur, 24 September- Tulisan YB Beruas, Ngeh Khoo Ham dalam twitternya merupakan bukti jelas bahawa pemimpin dalam DAP ini tidak tahu dan tidak sensitif terhadap isu orang-orang Islam.

Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, walaupun Ngeh telah memohon maaf, tetapi cara dia (Ngeh) bercakap, ini menunjukkan dia macam musuh Islam.

"Bagi saya sebagai orang Islam, kita boleh maaf, tidak ada masalah sebab ini adat kita dan cara kita sebagai orang Islam, pemaaf. Namun kita harus sedar bahawa musuh itu tetap musuh.

Atas isu musuh itu, kita harus menentang dan melawan dengan beliau tetapi saya hairan mengapa pimpinan DAP hanya suruh orang Islam menerima dan wajib menerima apa yang dikatakan oleh Ngeh apabila dia minta maaf tetapi DAP sendiri tahu ini satu pencabulan kepada umat Islam," ujarnya ketika ditemui di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut hairan mengapa DAP tidak mengambil tindakan terhadap Ngeh? Adakah Ngeh ini anak buah kepada Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang tetapi kalau isu ini berlaku pada parti-parti lain, mereka dulu yang pertama akan melaung-laungkan tentang demokrasi, hak dan sebagainya.

"Tetapi bila Ngeh mengkritik, mengutuk, mencaci dan memperlekehkan agama Islam, dilepaskan begitu sahaja. Saya juga hairan dengan kawan-kawan di dalam PAS ini, sepatah pun tak cakap tentang apa yang diperkatakan oleh Ngeh Khoo Ham.

Bagi saya, orang kalau boleh bercakap seperti itu, kita harus sanggah sebagai musuh. Kalau PAS memperjuangkan isu Islam, bagi PAS sebenarnya Ngeh tu juga dikira musuh. Dia minta maaf itu hal lain, tetapi bagi saya label dia sebagai musuh Islam memang jelas dan tepat kepada tuduhan seperti itu," tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, Zahrain melihat perjuangan Pas sudah lari dari perjuangan asalnya. Perjuangan Islam tidak lagi menjadi perjuangan utama, tetapi kerusi dan jawatan lebih penting sekarang.

"Jadi tentang isu ini, kita jelas nampak ada kompromi pihak Pas. Bagi saya, setiap orang Islam, orang Melayu khususnya di Malaysia, harus menentang orang (Ngeh) seperti ini. Bukan sahaja orang Melayu, malah seluruh rakyat Malaysia harus bangun.

Kalau pemimpin DAP boleh cakap begini dan Pas boleh terima, saya rasa Pas juga patut ditolaklah," ujarnya lagi.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here