Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 27 March 2013

34 Tranformasi Anwar Ibrahim Perlu Diberi Perhatian

Sedarkah kita Tranformasi Anwar Ibrahim lagi hebat dari Najib Razak.

Hebat sangat berbanding dengan apa Najib Razak dan BN lakukan. Lihat TOUCH POINTS LAPORAN GTP & ETP 2012 yang dicapai matlamatnya.

1) Peningkatan Pendapatan Negara Kasar atau PNK per kapita - $USD 257 tahun 1957 - $USD 9970 tahun 2012 - Peningkatan hampir 4000 % dalam tempoh lebih lima dekad.

2) Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR 2012) - Isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat - Tahun 2009 : RM 4,025 - Tahun 2012 : RM 5,000 - Peningkatan lebih daripada 1,200 % sejak PPIR dimulakan pada tahun 1974

3) Kadar kemiskinan - Awal kemerdekaan : >16% - Tahun 2012 : 1.7% - Pekali Gini : 0.431 tahun 2012 (menurun) - Kadar inflasi: 1.2% pada Disember 2012 (Kekal) * Kadar ini adalah antara yang terendah di rantau ini.

4) Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 atau Baucer Sekolah 1Malaysia - RM20. 524 juta telah diperuntukkan - Memberi manfaat kepada lebih 5.24 juta murid.

5) RM250 ringgit sebagai Baucer Buku 1Malaysia - Memanfaatkan seramai lebih 390,000 pelajar dengan peruntukkan lebih 97.5 juta ringgit.

6) RM37.8 bilion bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian - RM22.3 bilion ringgit adalah untuk subsidi - RM873.5 juta ringgit untuk insentif - RM14.6 bilion ringgit bagi bantuan.

7) Jenama 1Malaysia - Kos yang secara puratanya 20 hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran - Kedai Rakyat 1Malaysia: 85 buah - Klinik 1Malaysia : 168 buah - memberi rawatan kepada lebih 6 juta rakyat Malaysia dengan kos RM1

8) Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah. - Berjaya mengurangkan kadar kemiskinan kepada 1.7%

9) Program Akhiri Zaman Miskin atau 1AZAM - 106,967 telah berjaya didaftarkan di bawah program-program Azam Kerja, Azam Niaga, Azam Khidmat dan Azam Tani.

10) Rakyat telah menerima pembiayaan mikro melalui - Amanah Ikhtiar Malaysia - TEKUN Nasional - Yayasan Usaha Maju

11) Program e-Kasih - 89 % atau lebih 100,000 mereka yang berdaftar telah berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh 3 tahun

12) Akses kepada kediaman - Kerajaan telah menawarkan, lebih 100,000 unit kediaman mampu milik melalui agensi kerajaan antaranya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Syarikat Perumahan Negara Berhad

13) Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar - 3,300 km jalan raya telah dibina - Lebih 1.4 juta isi rumah dibekalkan air bersih - Lebih 470 ribu isi rumah mendapat akses elektrik yang terjamin - Membina dan membaik pulih 53 ribu rumah bagi penduduk miskin luar bandar melibatkan lebih 266 ribu isi rumah atau hampir sejuta orang - Kesemua inisiatif di bawah NKRA ini telah menambah baik kesejahteraan hidup hampir 4 juta rakyat Malaysia yang tinggal di luar bandar

14) Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar - Enrolmen prasekolah telah berjaya ditingkatkan jumlahnya kepada hampir 770 ribu pada 2012 atau 80% kohort umur berkenaan. - Ini merupakan satu peningkatan jika dibandingkan dengan angka pada tahun 2009, di mana hanya, 67% kohort umur tersebut berpeluang mendapat pendidikan prasekolah. - Berjaya mengeluarkan 164 atau lebih 40 peratus sekolah-sekolah daripada kumpulan berprestasi rendah

15) Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar - Penambahan tren enam gerabak bagi perkhidmatan tren Komuter KTM - Perkhidmatan bas GoKL yang menawarkan perjalanan percuma - Pelaksanaan Sistem Maklumat Penumpang agar pengguna mempunyai gambaran yang lebih baik tentang masa menunggu sebelum ketibaan bas.

16) Inisiatif Membanteras Rasuah - Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International negara telah bertambah baik enam anak tangga kepada kedudukan 54 pada tahun 2012 dan berada pada kedudukan ketiga dalam kalangan negara ASEAN - Penubuhan 14 Mahkamah Sesyen Khas dalam tempoh tiga tahun yang lalu, lebih 400 kes rasuah telah dibicarakan dan daripada itu hampir 260 kes telah berjaya diselesaikan pada akhir tahun 2012 17 Mengurangkan Jenayah - Mengurangkan kadar jenayah sehingga 27 peratus dalam tempoh tiga tahun

17) Mengurangkan Jenayah - Mengurangkan kadar jenayah sehingga 27 peratus dalam tempoh tiga tahun

18) Program Transformasi Ekonomi - Kadar pertumbuhan pelaburan swasta telah berkembang lebih tiga kali ganda, mencatat peningkatan sebanyak 22% pada tahun 2012 - Tahun 2009 : Jumlah pelaburan swasta hanya merangkumi 52 peratus, angka ini telah meningkat kepada 58 peratus pada tahun 2012 - Tahun 2012 : Pelaburan swasta telah mengatasi sasaran dengan mencapai jumlah 139.5 bilion ringgit, dipacu oleh perbelanjaan modal yang tinggi dalam sektor pengilangan, perkhidmatan dan perlombongan.

19) Sektor pelancongan - Tahun 2011 dan 2012, jumlah pelancong yang melawat Malaysia ialah hampir 50 juta orang dengan jumlah PNK bernilai hampir RM100 bilion.

20) Pembangunan Greater Kuala Lumpur - Setakat 31 Disember 2012, projek My Rapid Transit atau MRT telah menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah 19.8 bilion ringgit - 45% atau RM8.9 bilion daripada jumlah keseluruhan telah diberi kepada kontraktor Bumiputera

21) Sektor minyak dan gas - Projek RAPID di Pengerang bakal mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada 4,000 orang dan kerja-kerja pembinaan kepada 20,000 orang

22) Sektor minyak sawit - Berjaya menanam semula seluas kira-kira 113,000 hektar kelapa sawit

23) kandungan dan infrastruktur komunikasi dan industri kreatif - Sebanyak RM547 juta, keluaran kreatif telah dieksport dan 157 ribu jam kandungan kreatif telah terhasil. - Di antaranya adalah pembikinan filem bertajuk Life of Pi, telah berjaya meraih 4 kemenangan daripada 11 pencalonan di Academy Awards baru-baru ini yang melibatkan kepakaran kreatif anak tempatan

24) Program Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR - Tempoh 2011 dan 2012, seramai 1,087 pemilik kedai runcit telah mendapat manfaat - Dalam tempoh 6 hingga 12 bulan selepas pelaksanaannya, purata jualan meningkat sebanyak 30 peratus

25) Pendapatan Negara Kasar per kapita negara - Sebelum inisiatif ETP bermula, PNK per kapita pada tahun 2009 ialah 6,700 dolar Amerika - Tahun 2012: angka ini telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada 9,970 dolar Amerika. Trend ini akan menyaksikan Malaysia mencapai status sebuah negara berpendapatan tinggi mengikut takrifan Bank Dunia lebih awal daripada yang dijangkakan - Tahun 1957 : apabila negara mencapai kemerdekaan, PNK per kapita negara hanya 257 Dolar Amerika

26) Per Capita Purchasing Power Parity atau Pendapatan Per Kapita Berasaskan Kuasa Beli - Kuasa beli rakyat Malaysia adalah hampir dua kali ganda pendapatan per kapita yang ada

27) Projek di bawah ETP - Sehingga 31 Disember 2012, 149 projek telah diumumkan di bawah ETP - Sejak tahun 2010, dengan jumlah terkumpul sebanyak 211.34 bilion ringgit dalam pelaburan yang telah dimeterai. - Hasil pencapaian ini, sumbangan PNK pada tahun 2020 dijangka mencecah 135.64 bilion ringgit dan sejumlah lebih 400 ribu pekerjaan dijangka dapat diwujudkan.

28) Mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013 - Malaysia merupakan negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia. - Menurut laporan yang sama juga, Malaysia menduduki tangga pertama dari segi akses kepada kemudahan kredit

29) World Competitiveness Yearbook 2012/2013 - Malaysia adalah negara ke-14 paling berdaya saing di dunia. - Malaysia di tangga keempat di dunia yang paling melindungi pelabur

30) Perunding pengurusan global AT Kearney - Negara ke-10 bagi Destinasi Menarik Pelaburan Langsung Asing dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung asing 2012 - Malaysia turut diiktiraf sebagai negara ketiga di dunia bagi Lokasi Menarik bagi Destinasi Penyumberan Luar 2011 selepas India dan China

31) Globe Shopper Index oleh Economist Intelligence Unit - Kuala Lumpur sebagai pusat bandar membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik.

32) International Living Magazine - Malaysia sebagai negara Ketiga terbaik untuk persaraan bagi tahun 2013

33) Indeks KLCI Bursa Malaysia - Mencatat angka tertinggi iaitu 1,688 mata pada 31 Disember 2012. Ia telah menyaksikan kenaikan “market capitalisation” daripada 999 bilion ringgit pada Disember 2009 kepada 1.47 trilion ringgit atau peningkatan sebanyak 47 peratus. - Ini bererti, sebanyak 466 bilion ringgit kekayaan telah berjaya dijana sejak semua inisiatif transformasi dimulakan.

34) Sebagai pemacu utama sukuk global - Malaysia juga telah menerbitkan sukuk yang bernilai 97.1 bilion dolar Amerika pada tahun 2012
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here